Wednesday, December 31, 2008

Goodby 2008.......

Today was the last day for year of 2008.
So.. how you feel?
Feeling sad,bad , disappointed or you getting mad!

Terasa cepat sangat 2008, rase macam baru semalam je..... '
Macam-macam perasaan ada tahun ni. malas,marah,bengang,bengong dll tapi dah hujung-hujung ni macam ada satu feeling yang positif pulak. semangat nak kerja kembali maintain. apasal ?
itu, lu sendri la mau ingat!

Kegawatan ekonomi global menjanjikan tahun 2009 satu suasana yang agak tegang. tak tau sampai bile keadaan ni akan berlarutan. so have a smart planning macamane nak survive.

Aktiviti sebelum tirai 2008 berlabuh adalah relaunching of ESS programme.


Sesi Penerangan dan Motivasi!


Sambutan agak mengalakan dan kitaorang berjaya mendapat lebih daripada 30 cadangan.
Sempena Tahun baru promosi yang dijalankan adalah , 10 orang pertama menghantar cadangan akan terus mendapat RM5.
Firtst!
Barisan para hakim yang bijaksana!




Semalam juga last day fadzli kat OSITM - cont study in Lab officer. HKM.
-kusangka hujan hingga kepetang, rupanya panas ditengahari-

Apapun tahniah buat aku pasal dapat mantain contribute untuk blog ni, semoga next year lagi rajin update.

Salam......


Tuesday, December 30, 2008

TS 16949

Last week 23-dis-08 TS19649 audit telah dijalankan.
Tak banyak yang dapat diperkatakan selain dari system yang tak mantain dan last minute preparation untuk maintenance macam biasalah, no issue- alhamdulillah all the system was well maintain.
last day during closing meeting OSITM dapat 3 major NCR dari QA section but the auditor happy dengan kitaorang punya co-operation an teamwork - bagusss!

afew observation yang aku kira perlu diambil kira untuk maintanence iaitu pasal prod. tooling punya maintanence - check it out!
Apapun macam biasa bila ada audit mesti ada makan free...
Anyhow congratulation for the activities .


Bravo!

Monday, December 22, 2008

The T'shirts


Maintenance T-shirt 2008
cost RM50
Fab. by:HNH Media Ent.


Empat orang model mengayakan t shirt design baru - sengehhh


Friday, December 5, 2008

Majlis Ilmu - Ceramah Agama


Bertempat di kantin OSITM satu majlis agama telah diadakan untuk semua pekerja.
majlis bertujuan untuk menambahkan ilmu akhirat dianjurkan oleh Jawatankuasa surau.

Apa yang engkau dapat?
antara yang betul-betul melekat:
  1. aku suka pasal statment mengalirkan cas-cas negetif bila kita bersentuhan semasa sembahyang berjemaah,pasaltula kita disuruh merapatkan saf dan bersentuhan bahu ke bahu selain dari mengelakan ada ruang untuk sytan menyelit.
  2. semasa kita didalam rahim ibu telah ditentukan ajal maut,rezeki dan sebagainya.
so engkau nak heran apa,semua benda dah ditentukan jadi bersediakah engkau menghadapi ketentuanya? cukupke amalan engkau? apa yang engkau akan tinggalkan?

Tawakallah.......

Dalam selimutpun tercabut nyawamu...
Kemana sahaja usah cuba sembunyi..
Berlarii..nanti penat dan patah kaki sendiri...
sembunyi nanti hilang ditelan diri sendiri...

Sedetik sesaat tercatit untukmu...
Dikiri tersenyum dikanan menangis...
Mengiraaa.. berapa yang untung dan rugi darimu....
Mengiraaa...hingga tamat tempoh dalam dunia ini....yeah

Ramai manusia cuba lari dari kenyataan ini..

Sembunyi - WINGS (Hukum Karma Album)



Thursday, December 4, 2008

Kerahan tenaga

Harini semua orang kena jemur pasal area dekat delivery kotor penuh dgn sampah sarap.
setiap section kena brainstorming kenapa perkara tu boleh terjadi, kesimpulanya:
tak de disiplin dan sikap tanggungjawab.

dah macam kempen parti politik pulak bila diberi peluang bercakap, but it's good, semua wakil bahasa dari bangla,indon,jawa dan lain lain ada.

Lepas sesi menjemur ada lak sesi cuci longkang, harap semua orang lebih bertanggunjawab lepas ni, tapi dah nampak kesedaran yang semakin bagus pada semua pekerja, that's good!

Wednesday, December 3, 2008

Hidung Kembang..huh!

Alhamdulilah kejayaan dipihak kami,- 5 s monthly winner for Nov.08

kedua-dua kategori kitaorang sapu dan kemenangan berganda bagi workshop.
banyak lagi yang nak kena improved, tapi...

lantakla janji dah menang!

Saturday, November 22, 2008

Congratulation.....

I was informed that they're the winner for d' OSITM internal ICC Cov.

Congratulation guys, This is just the beginning & Together We Can.
Bravo..!

Meleleh....arghhh..

Salji Meleleh? taklah hidung berair....

Minggu yang sejuk
Minggu ni cukup syahdu,teringat zaman mantol. masa yang cukup ideal-penuh!
rindu la pulak?

Masa yang semakin laju,tup-tup dah sabtu, arghhhh.. banyak lagi kerja tak settle.
tapi bagi aku minggu ni jugak cukup produktiv banyak perubahan dapat dilihat, dari segi worker yang semakin ada kesedaran,flooor yang agak sedap mata memandang-thanks god.

Akhirnya aku demam jugak untuk tahun ini,selsema dan batuk yang berlarutan untuk hari yang keempat belum menampakan tanda untuk baik...alhamdulilah.
mungkin disebabkan ubat cap Marlboro light yang disedut menambahkan lagi jumlah bakteria yang sedang mengganas, sroot..arghhhh.

Arini plan nak gi rawang, tempah t shirt untuk maintenance section, dah dekat 2 bulan aku suruh diaorang settle tapi hampeh, last-last bior aku settle..aparaaaa

check da' design!Plan nak pilih colour putih!

Bila aku sudah tiada,
simpan semua lagu ku jangan ditangis selalu,
mungkin itu sementara,
bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku...

Hujan-Bila aku sudah tiada




Tuesday, November 18, 2008

Kepala Beku!

Perjalanan ini terasa sangat memedihkan,
sayangnya kota duduk disamping mu k
awan,
Banyak cerita yang mestiny
a kau saksikan,
ditanah kering berbatuan!

ebit g ade- berita dari kawan.


Amacam bos baru? penat!

Pagi ada briefing 5 S oleh puan murni, at least aktiviti ni jalan jugak.
pas tu adalak acara angkat sumpah/ikrar .
Kepala otak aku dah jem pasal banyak sangat benda masuk dan nak fikir tak tau nak tulis apa, idea tak mari.
  • forklift rosak 2 unit-tyre bearing/hose burst
  • Morning meeting- merce. issue/factory facilities bla.bla.bla
  • canteen issue - aku memang dah lama angin dengan tokey kantin, baca entry jamuan hari raya dulu.
  • Appointment dengan TNB tg. malim.
  • ICC kumpulan pelangi - bagi trainning.
  • Safety meeting.
  • D.O maruka sangkut -account request, ropenye belom hantar lagi da..
  • Arghhh... aku punya kerja semua sangkut
Adakah aku tension, taklah cuma kepala rasa berdenyut je.......


Friday, November 14, 2008

The Secatary


Tersebutlah Sabuah kisah...

Dikala sang suria sedang memancarkan cahayanya, semua Memanda Menteri berserta dengan dayang-dayang dititahkan menghadap Seri paduka Sultan.
Adalah tujuan mereka semua dipanggil bagi memaklumkan perkabaran berkenaan tugasan dan kehendak Seri Paduka sultan, Pemerintah Negeri Diatas Tanah, Darul Ridzuan.

Maka berkatalah sang Sultan dan didengari dengan khusuk dan tawaduk mereka semua yang hadir. Antara titah yang mulia Sultan mahukan kesemua dayang-dayang agar memahami tugas-tugas memanda Menteri dan mepelajari berkenaan selok-belok pentadbran negeri.Baginda juga mahukan kesemua dayang-dayang menjadi seseorang yang berqualiti dan mampu membantu memanda Menteri dikala ketiadaan mereka.

Dikala hati sedang khusuk dan gembira mendengar perkabaran dari Paduka sultan.
........ tiba-tiba, seorang memanda menteri tanpa portfolio mengadukan berkenaan permasalahan yang dihadapi berkenaan dengan kecurangan seorang dayang.
Cis.! berani kau memperkatakan kecurangan dayangku, engkau sudah tahu berapa kali aku terkucil nak terkeluar ku tahan jebat....
Ha..ha.ha...


Riwayat ini akan bersambung jika tiada apa perubahan setelah segala permasaalahan telah dirungkaikan. Tapi nampaknya cakap-cakap belakang masih kedengaran sebab tiada keikhlasan dalam menyelesaikan masalah. lakonan yang mantap seringkali menjadi penyelamat bagi menutup kelemahan tapi biarkanlah, bak kata pepatah tak semestinya pelawak itu akan sentiasa membuatkan orang ketawa terbahak-bahak dengan lawaknya.

Woi! Apa aku cakap ni, cepat da naik atas jumpa new contract worker, ada sesi suaikenal dengan bapak-bapak dan ibu-ibu semua?
-WELCOME ABORD-


Para penontonnn........
Bapak-bapak,ibu-ibu semuanyaaaa,
jangan heran kalau inul sedang goyang,
Rada Panas agak seksi, maafkanlah....

Para penonton.....
Bapak-bapak,ibu-ibu semua yang ada disini,
Ada yang bilang dangdut tak goyang,
Bagai sayur tanpa garam,kurang enak kurang sedap,
Dari itu inul goyang,agar semuanya senang,

bagi yang kurang berkenan,melihat inul bergoyang,
jangan marah, maafkanlah.........


Goyang Inul - Inul Daratista



Thursday, November 13, 2008

Tumbuk Rusuk..


  1. Satu hari berapa kali awak turun line?
  2. Kebanyakan masa awak kat mana?
  3. awak perasan tak benda ni kat sini?
  4. Dah berapa lama benda ni ada kat sini?
  5. Awak cakap orang tak cukup, tapi ada 3 orang tak buat apa!
  6. Awak nak saya cabar awak, kita tukar tempat. kalau saya boleh buat awak berhenti kerja?
  7. awak dan awak dan entah apa lagi!
Huh, ambik kau macamana nak menjawab peluru yang macam tu dan yang sebenarnya banyak lagi. terasa kenyang telan semua peluru tu,maunya sampai petang tak payah makan nasik.

sesi soal jawab berlangsung lebih kurang 20 minit dan dalam keadaan yang boleh dikatakan mesra dan harmoni.
Posture badan adalah seumpama burung gagak tua, menganguk je le.

Tetiba, Saya nak awak,awak,awak jadi mata dan telinga saya.diaorang akan report kat saya semuanya dan tolong hormat sikit orang lama@otai. cewah....

Terasa syahdu pulak pasal baru sekarang ada orang nak backing benda yang kitaorang buat selamani dan dihargai.
Tu la selama ni bila diberitahu engkorang gelak je, pastu banyak cakap pulak tu aku tau la engkau orang sembang tak pernah jatuh,arini pasai apa pulak lagu tu.

Kesimpulan:
Harap benda ni macam satu perancangan untuk membawa satu perubahan,tapi banyak lagi yang nak kene cover, banyak lagi yang tersembunyi,banyak lagi yang tak sedar tapi lumrah manusia sukar untuk istiqamah terhadap sesuatu kebaikan tapi percayalah.....teruskan usaha!

sabarlah, itu baru mukadimmah dan akan ada peluru yang lagi pedih,percayalah bahawa peluru itu adalah ubat dan lagi pedih ubat itu lagi cepatlah proses penyembuhanya...mungkin?



...for a new hope son will be born,
Ther's a life and time i know,
I said Farewell to myself before i go.

I said farewell to my lonelyness,
Farewell to my happiness,
Farewell to our trouble,
I'am above!


CROMOK- Farewell (Image of Purity Album)


Farewell to him!
Macam taknak belah je,kalau nak tolong kemas aku dgn bangganya menawarkan diri!



Wednesday, November 12, 2008

Call Back From Home......yearghhh

Tension? taklah.
aku dah biasa macam ni,start dari aku dah pandai handle breakdown sekitar tahun 1995 sampaila sekarang call back
ni dah macam rutine bagi aku.
Dengan penuh rasa tangungjawab aku bangun,bers
iap dan redah kedinginan malam/pagi menuju ketempat kerja waktu orang tengah syok dibuai mimpi. dapatnya tak la seberapa tapi bagi aku ianya bukanlah satu bebanan.bukan tak percaya kat diaorang tapi kalau dah serrender kena jugak datang dan make sure problem solve.

rasanya terlalu banyak pengorbanan aku kat syarikat ni,masa yang aku habiskan keseronokan yang kadang-kala aku ketepikan, aik! berkira nampak atau mengungkit!
Biarlah janji aku puas dengan semua ni.- bravo...

P/S: problem arini adalah co
nt. problem semalam,power cable meletop.
sesuatu harus dilakukan agar kejadian sama tidak berulang.
rasanya aku dah ada corrective action yang nak dibuat..tunggu!

mata makin layu,tidur jap,subuh,perhimpunan(dapat hadiah 5s) ,meeting baru boleh cow!
tengahari masuk balik, rasa macam kerja bombala pulok.



so close now matter how far,
could be much more from your heart,
forever trusting who we are,
and Nothing Else Metter!

Nothing Else Metter -METALLICA
Black Album

Thursday, November 6, 2008

Masa Semakin Laju.....

tup.tup arini dah khamis,esok dah jumaat!
Adakah masa semakin laju atau aku yang bergerak perlahan.

Hari ni discuss pasal ICC, everything ok no problem punyo, next week pre-presentation plan minggu depan untuk buat reheasel.

Projek increase robot speed agak slow tapi ada progress cuma cik lan nak siap dalam 2 minggu - use your intilligent idea to settle!
hum....mmmmmm.......mmmmm

so if you wanna love me
then darlin dont refraine
or ill just end up walking
in the cold November rain....

Gun & Roses -November Rain


Petang pukul 5~6 ada buat ceramah agama.
tajuk harini adalah bab Najis dan air.
Nama ustat tak tau tapi aku kenal dia masa kat behrang 2020.
Alot of story about this ustaz...wallhualam......
Terima kasih.

Tuesday, November 4, 2008

Curahan Rasa?



Trut.trut, Samad pukui 3 cik lan panggil meeting kat obeya room.
A: okey.


Sekarangni, kita mintak tolong je dekat maintenance untuk repair rack. kata wak.

lama dah rasanya aku tak meeting dengan diaorang, apa cerita.

Bos biasala follow-up kerja yang tak settle dengan bagi new instruction.
  1. Aku kena concentrate repair delivery rack,zack janji nak bagi orang, please make sure next tuesday 11/11 settle.
  2. Asset for disposal - clear red tag area.- quotation kat berahim.
  3. Buat proposal untuk sewa reach truck.
  4. Safety issue- masing-masing jaga section sendiri/sindri mau ingat!
Aku bagitau yang aku tak puas hati dengan cara pengurusan sekarang dan jawapanya adalah:
Start 16-Nov saya akan full time kat tanjung malim.

Perasaan- bagi aku okey je pasal lagi senang nak kerja dengan support yang kuat-mungkin?
orang lain aku rassa aku tau apa yang dirasa!


saya sekarangni tengah memikirkan macamana cacing saya boleh kurang seekor.....!
musykil saya.

-Wak kesini-Pengusaha Ternakan Cacing

Note: Aku rasa sedih juga dengan pemberhentian kerja our CEO -En Lokman pasal bagi aku dia ok. tak sangka speech masa majlis jamuan hari raya tu adalah last speech dari dia.
apapun bagi aku he 's a great guys.
Hope you will be sucess and good luck boss!

Monday, November 3, 2008

Welcome A'board

Hari ni akhirnya dapat jugak aku replacement untuk omar.
Mohd.Fadzli Bin Nordin.
Assistant Supervisor.

Amacam? kira oklah, harap boleh bawak.
esok aku plan nak hantar pegi production dulu,bagi kenal process, amacam?
Minggu orientasilah kiranye.

hope you will sucess and good luck.

Thursday, October 30, 2008

Jamuan Hari Raya.

Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya memohon ribuan ampun dan maaf jika apa yang dibicara menguris hati dan perasaan.
ah,lantakla aku pedulik apa! memang marah pun,janji entahapaapaentah. Apasal marah?
maunya takmarah, makanan yang dijanjikan entahapaapantah. dengan qtty yg tak cukup,penyedian yang kelakar. adeke serve macam budak tadika punya majlis makan-makan.
alasan lagi kelakar, 'bukan saya yang masak,orang lain yang masak'. abistu duit dia yang sapu.
Aku rasa muka brader kantin tu dah makin lama makin kecik je!

Kesimpulanya, bawak banyak bersabar.kan sabar tu atuk nordin. ha..ha..har.

Apapun majlis diteruskan tampa banyak songeh!
Opening speec by COO & CEO. thanks...


yeah, Makan,makan,makan

Pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang tak puas hati,
Lupikir la sendiri.

Thanks to all yang prepare untuk majlis ni.
Kredit to:Ida,azia,bert,wak din,zul,naim,man.

Thankiyouuuuu...




Wednesday, October 29, 2008

Muka Pucat..!


When the ribut was landed, the muka was pucat semacam and the kelakuan has kelang-kabut. ha..ha..ha

Ari ni Hicom audit, ada orang ingat dia dah selamat pasal semalam tak datang tapi last-last kantoi jugak..padan muka!
Aku punya part ok. no problem semua settle. tapi
best tengok kelaku masing-masing ada yang tak datang,ada yang melarikan diri,ada yang buat-buat sibuk macam beruk nasib baik takde yang pengsan macam cerita Man Laksa.
Tengahari pergi TNB nak jumpa En Ramli denga
n submmit Mfg.Licence pakai OSISA pasal OSITM tak register lagi- kilang haram lah kiranya. Clerk TNB cakap "En.Ramli takde, pegi Slim...Hampass...

Harini collect data untuk maint. store item. semuanya tak ngam. so, akujugak yang kena buat balik semuanya. mungkin diaorang belum sam
pai tahap nak buat satu sistem yang pro. takpelah bagi aku jelah yang membuatnye....



Trut..trut..'abang balik,ayang buat cucur udang" : okey...blah!


Tuesday, October 28, 2008

The Ribut Is Coming....


Hell..o , satgi kalau auditor Hicom mai hang pi layan pasai aku nak pi meting kat proton.
orang lain takdak pasai tak mai...

amboi-amboi dan-dan tu ja nak pi meeting,selalu tu kemain benci lagi nak pegi meeting kat proton..cheh!

Pagi meeting pasal nak buat jamuan hari raya tergempar-lagi 2 hari.
Disebabkan aku diarahkan untuk set-up aku pun plan nak buat majlis makan sampai kenyang.
  • Menu: Satey,nasi impit,beehoon,buah & air minum.
  • Plan :Khamis 30 Shawal.
  • Masa:12 tengahari& 10 malam.
  • Budjet:RM1500
  • Tempat :Kantin
Meeting attendance:
  1. Zek
  2. Aku
  3. Ida
  4. Pakcik
  5. Nazri
  6. Lan
  7. Liza
* Diaorang semua setuju tanpa banyak bicara.
Makanan Ida dah settle dengan pakcik canteen total semua RM850.
adeke berahim cakap suruh habiskan, itula pasal OSI tak boleh untung semuanya kerja nak perabis je. kan ke elok kalau duit tu disimpan untuk kegunaan dimasa depan... cewah!
ah lantakla kalau dia nak perabiskan pun itu dia punya pasal. aku cuma nak pakai RM850je.


mana ribut ni tak sampai-sampai lagi,kata on the way. ke dah terlajak sampai ipoh! ha..ha..haa

Aku.Kena balik cepat pasal isteri call ' abang, balik cepat ye, ayang buat kuih ketayap'. ceh..!

Note: Menu dah tukar: satay,nasi tomato,nasi impit,beehon,buah & air.
Budjet pun dah tambah, totalRM1150.

Sunday, October 26, 2008

Dey'

A' Dey Macha,
-Happy Depavaley To all Indians-

...and for me they paid RM5/hour to settle all the mountains of pending job.
it's worth it? No. Why? comparing the job that I've done and produce it's really ridicules.
I'm not paid with a big salary at the end of the month, how I'm gonna survive?
It's your problem, not mine, either you like it or not!
It's okey, I'll know what to do!


Hey petty garret, that's what i use to call u,
They tell me you want me, but i hear they got you,
They make you a law man,with badges made of silver,
They paid you some money to sell them my blood.


What they said about me and they said about you
all the good and bad times we both been through
when the lines between brother justice has changes
you do what you god't coz you can't walk away.


Jon Bon Jovi- Blaze of Glory album

Saturday, October 25, 2008

Tekangkang-kangkang...


kepala otak dah jem, apasal? terlampau banyak benda nak buat!
Aku ditekan untuk melakukan semua benda dengan kederat yang ada.
dan aku seperti biasa akan menerima tampa banyak soal atau bantahan pasal aku jarang menghampakan permintaan sesiapa.
tapi aku terbeban dengan segala macam permintaan yang kekadang gila tahap gaban.
itu adalah adat kerja, that's an order beb!
takpelah asalkan jangan sampai tahap aku rasa macam nak bunuh orang udahle.
Tapi,berbaloikah dengan RM 300 yang disogok untuk engkau menelan semua bebanan ini?
ya! mungkin pahit akan manis akhirnya.

yeargh......

Hey man i'am feeling like a monday but someday i'll be saturday night!
- Jon Bon Jovi.

Monday, October 20, 2008

Happy 5th Anniversary

20th October 2003.

Arini genap 5 tahun aku/kitaorang kat OSITM/OSIM.
perasaan bercampur aduk,suka,gembira,sedih,marah,menyampah,benci,rindu d.l.l.
teringat kembali masa mula-mula nak bertapak.........
-Masa tengah monitor projek dengan cari rumah sewa-
Masa tu perasaan agak gembira da teruja,maklumlah pot baru tapi semangat jangan cerita punyalah membara giler..

-inilah keadaan office/workshop maintenance masa tengah construction-
Gambar terakhir sebelum big boss-Mr.Tim Resign.

sekarangni tinggal berapa kerat je lagi OR,itupun tak tau sampai bila dan yang nyata compani masih lagi beroperasi. tahniah kepada yang masih setia dan kekal, semoga kita diberikan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan apa yang diusahakan.

aminnn.....

Friday, October 17, 2008

Lena Diulit Intan...

Ukuran baju badan sendiri,kita tepuk dada ini....bunyi ringtone HP aku (Apanak dikata-XPDC) .......
Nazri: Hell-lo? Assalamualaikum mad, hang buleh mai keylang dak robot rosak. aku dah lama bla..bla..
tak tau nak buat!
Aku: ha, okey.
trut.truttttttt.
Bangun,bersiap,gerak pegi kilang-3.20am.sampai kilang settle problem dengan bert
- Robot mastering-reset-replace baterry-touc-up programme-ok.
Pagi meeting dengan diaorang discuss untuk 2 days OT planning-harap semua berjalan seperti yang dirancang.



Thursday, October 16, 2008

The Name Of Card.

Apa ada pada Nama?


Arini best betul keje pasal semua yang dirancang jadi dengan izinya.
daily activiti report dengan graft dah hand over kat ana,nampak gaya boleh tangkap.harap-harap benda ni sucess pasal takde lagi orang buat dan sebagus yang aku buat, cewah belagak la pulak.
Pagar belakan yang macam hampas lepas direpair oleh simpang kitaorang dah repair balik tapi temporary je,kalau nak baik lagi kena modal la beb!.
Hicom complain dah settel semua ...alhamdullilah lihatlah betapa cepatnya kami bertindak, thanks guys. engkorang memang best...kadang-kadang tak best.
Apa cerita line transfer dari SA? minggu depan nak transfer dah! Hah..(dengan rasa terkejut) itulah OSI style, semua kerja kelang kabut,takde proper information,planning yang entahapekebenda. aku, macam biasa ikut je arahan dan meake sure benda settle. macamana? jangan tanya,janji settle.


Ribut



Take note: En.Zakine & the gang dari HQ ,this time audit lagi gila babi.OSI still tak perform as AMP.
bla..bla..blaa..


Ada baru punya bala sudah mari, Hicom audit. semua orang gabra termasuk aku? ..takdela aku okey je pasal yang penting semua comment dah settel,iyeake?
petang ni ada meeting tergempar nak follow up previous status. tengokla apa jadi.
kalau macamni kerja lebih baik kerja dekat Jabatan Bomba & Penyelamat pasal asyik terkejut je.
maunya tak kena heart attack.

oh ya, line modenas dan seat dah kena jual dekat Laksana- aku takde apa-apa maklumanpun.
semuanya kerja sendiri-sendiri, bila ada problem baru terhegeh-hegeh.
hampass...



Monday, October 13, 2008

Seiri,Seiton,Seiso,Seiketsu,Sheitsuke.........

Pagi ada meeting5S dengan en.Kaisuddin.
entahla,semua orang nak lari taknak attend meeting-alasan ada hal tapi sebenarnya malaas nak layan 5s dah. meeting start pukul 11 -attendance aku,murni,liza,aziz,wan merton & rinsing.
top mgmt langsung takde.
issuenye lagi la kelakar, murni cuma nak mengadu yang semua benda dia buat dan duit tak dapat,lawak-lawak. menyampah pun ada pasal iyeake semua dia buat, kalau betul apasal semua tak jalan,sembang boleh la.itulah starategi nak menyelamatkan tengkuk memasing!

aku tak tau apa nak jadi lagi sekarang,keputusanya bergeraklah mengikut arus jika betul arahnya betulah tujuanya kalau tak ,telangkupla.

aku dah plan untuk maintenance section kitaorang takkan tungu dan lihat - engkorang kena jalan jugak jangan ikut orang. esok start semua aktiviti, apa nak jadi dengan mgmt lantaklah itu diorang punya pasal. semuaorang dah cukup terer pasal 5s lagi nak tunjuk ajar apa?
pokok nye engkau nak buat ke tak,kalau taknak boleh belah!

aku kena buktikan!


Wednesday, October 8, 2008

Marah,Tension,Bengang,Bengkek.............

-The Ketupat of Palas -
Hidangan wajib my wife masa hari raya,keadaan sebelum dimasukan pulut dan direbus..nyummy..

Pagi lagi planning dah hanchus, ana dengan bert-MC/zul dah balik!

aku plan meeting nak discuss pasal daily report dengan graf, last-last corum tak cukup. hampasss.
Fire fighter datang repair alam system-under repair,tunggu battery.
stud pulak problem dari 1.30-5pm baru ok.
minggu ni plan PM activities mesti settel-form and documentation,pastu register.
pasang sensor untuk seal-part reject at proton-dah jadi kereta.
malam ni jemput datang rumah kalau nak raya- Nasi hempet,kuah lodeh hai mak lodeh..lodeh anak pak salleh,cucu osman janggut misai tebal hingus meleleh.

caw..
macam ada planning je esok!

Tuesday, October 7, 2008

KPI Dah Siap?

Pagi lagi ada orang dah tanya soalan tu,biasala awal bulan-yang dia tau nak compile je,senang punya kerja.

pagi pergi OSISA, meeting pasal line nak transfer-L/arm.mtg.bumper dll. tapi belum confirm lagi. Mintak Lesen Pengilang(MITI) untuk TM tapi takde, rupanya TM adalah kilang haram pasal takde licence dari MITI. En.Yunus will settle this issue-mungkin?
balik tenghari terus buat KPI,petang mesti siap tapi clerk baru terhegeh-hegeh keyin data-biasalah org baru.
next month aku dah plan corrective action supaya KPI dapat disiapkan dalam masa 1 jam sahaja.
tak percaya? aku tau apa aku buat la beb.
Besok plan daily update record supaya senang bila hujung bulan- ana take responsbility.

Jumpa Mizi masa kat OSISA, aku rasa sedih dengan keadaan dia sekarang. dulu masa mula masuk keja dialah yang jadi sifu aku,aku cukup respec kat hasil kerja dia.He's done a lot of good job!
tapi sekarang macam dah takde makne,orang tak layan dia dengan seadilnya. mungkin pasaltu dia punya performance drop- ayat paling senang..ah lantaklah!
tapi bagi aku dia bukan macam tu,walaupun attitude di sukar diramal tapi aku masih mempercayai bahawa he can be sombody.
* plann: bawak dia sekali dalam aku punya kapal,itu pun kalau dia nak.
pasal aku rasa aku/dia boleh berubah.




Monday, October 6, 2008

Warghhhhh

First day after a long Hari Raya holiday- 9 days...........

Semalam aku dah start kerja,check PM activiti masa cuti, result- kira oklah sikit-sikit kena touch-up dengan tukar factory siren programme.
Bert,george & 2 orang indon.
Job:service transformer,ATD,Robot panel,water flow control.

Takde apa yang menarik,cuma die transfer activities ke Laksana sdnbhd.-norman
-entah apa punya planning,syok sendiri pasal aku tak involve.tau-tau dah transfer,alasan biasalah
ini adalah OSI style.
aku macam biasa,ikut je arahan,tapi spare peluru dah ready kalau anything happen.

lewat petang yazid inform esok mtg dekat OSISA,transfer projek.
- besok juga nak submmit proposal,biasalah OSI style..huh.



Sunday, October 5, 2008

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya guys!

Feel nak raya belum lagi rasa, mungkin pasal esok aku kerja lagi kot.
any how ni la kuih raya untuk engkorang- thanks ana for repacking.
Petang plan short meeting untuk plant shutdown activities dengan biasalh, every year kitaorang punya yearly cut off date untuk satu tahun adalah bila menjelang hari raya, senang nak kira, cukup satu tahun. Tapi tahunni kurang satu ahli, omar dah berhenti tak cukup lagi satu tahun but, we have a young girl as our new clerk - Rozana. welcome aboard.
Normaly time ni la nak mintak maaf kalau ada salah atau silap, sapa paling banyak buat silap, aku ke engkorang? rasa nya engkorang banyak silap dan aku banyak marah. so dua-dua silap.
kita insan biasa.
Terimakasih pasal banyak bersabar dengan perangai aku yang kadang-kadang angin,bahasa yang kadang kala agak keras, insyallah aku akan cuba mengawal dan memperbaiki lagi dari masa ke semasa.
Ampun maaf dipinta, Selamat Hari Raya Idilfitri Minal Aidil Walfaizin.
Semoga kita mampu berjumpa lagi dengan ramadhan yang akan datang dan salam sejahtera!

Wassalam.
Abd Samad-1429H.

...ku mengharap kan ramadan kali ini penuh makna,
agar dapat kulalui dengan sempurna.

Man Bai&Raihan - harapan ramadan

Thursday, September 25, 2008

Anak Bulan Dah Nampak?

Arini biasa je, takde apa yang menarik selain dari kena audit EMS dengan jalan production lagi.
Berkorban apa saja! tapi engkau dibayar gaji beb bukan kerja free.
Mood? bercampur-campur, tapi esok banyak appointment.

Wednesday, September 24, 2008

Umangai Poneknyo !

Ni la cabaranya,cuba bayang kat padang mahsyar nanti, ''ah tak boleh nak bayang.''
Hari ke 24 ramadan everything ok except hari ni ada audit-Hajjah rozalita & en rosli.
pastu kena jalan module. tekak punyala kering teringat air kelapa muda...oh!

Banyak sangat engkau tinggal dan tak buat, apasal? lepas raya, eh tak, besok pagi mesti start update semua yang engkau tinggalkan. engkau bukan seorang yang suka fail. planning betul-betul.
Ingat before end of October everything must be ready.

Good Luck Bro!
METALLICA baru relese album baru DEATH MEGNATIC

Hampasss!

Hampas Betul....Tapi sabor,bulan pose mana buleh marah yeop!
ICC internal convention OSISA tetiba je cakap tak jadi, lagi satu hari baru bagitau cancell.
kenapalah selalu sangat jadi macam ni,mungkin inilah yang dikatakan lemah minda atau bingai!
apapun kitaorang punye slide dah ready, yeah......any time kat mana cakap je, aku tunggu dekat simpang. Congratulation guys.

Ini lagi satu _ _ _ _ _ _ 2 hari lepas inform set meeting pasal IQM die problem pukul 10. tup-tup hari ni tak datang pulak. macamana problem nak settel kalau semuanya nak lepas tangan, trut..trut..En.Azlan Call pulak> entah apasal pulak macam fobia je bila dia call-marah lagi ke?
meeting tak jadi, saya arahkan awak buat die Holder step yang baru, discuss dengan supplier.
please settle.

*Update :4.30pm= pada jauh aku rasa macam kenal je mamat idung kembang ni,rupanya norman, diaorang panggil dia lak untuk buat die padahal pagi sembang lain tapi secara logiknya arahan tetap arahan tiada cancelllation lagi cuma aku rasa macam nak jadi Kambing Hitam je,
buat kerja takde makna, so amacam? u are a smart guy, as usual do your job dont care about anything,follow the instruction. but then! this time if u are feeling like they wanna play with you,
threat them as your opponent and make sure you are the winner - play smart la beb!

aku pun apa lagi buat planning dgn aziz,tetiba je eh, jalan module orang tak de.
Laporfo, latakunsi!
Aku bawak semua budak aku dengan eng. pow satu line.
Basah...............
Cino Soco datang repair CNC, dia cakap itu taiwan tatak pasang key way, bengap punya olang!

Tuesday, September 23, 2008

THE REVOLUTION


Logo ni aku cipta dalam tahun 2004,dah banyak kali ubah ahli tapi nama dan logo dan aku tetap maintain. Apasal?
Lusa diaorang nak pegi present ICC projek dekat OSISA-internal convo. hari ni rasa macam sampai nak muntah tengok slide, alter mana yang tak kena, mana tau diaorang boleh boom.
Ini adalah Standard Operation Procedure kalau nak present projek,last minit kelam-kabut prepare slide ada yang aku diberitahu baru nak discuss nak buat projek apa,hancuss tapi macam biasa, wayang mau real itulah hakikat kat OSI dah bezaman macam tu, takde istiqamah langsung. kesilapan dia semua orang tau tapi tak boleh nak ubah,rebung dah jadi buluh betung!
Budak aku punya projek boleh cakap real la pasal projek ni memang kerja diorang . improve jig condition-KAIZEN.
perasaan? aku rasa diaorang mesti bedebar-debar macam lusa nak akad nikah, padan muka rasakan,itulah pengajaran jang woiit.

Hope you all do the best and good luck!

CNC Bending Machine - DOSOGO.

Namanya sahaja dah melambangkan ketidak mampuan ataupun kelakar.
sejak beli sampai sekarang memanjang ada problem, aku sampai taknak layan cina yang jual mesin ni, dia pun semak je bila nampak aku pasal ada satu hari tu aku tiau' dia pastu aku suruh dia hangkut balik mesin ni - semak betul.
batang shaft je dah dua kali bengkok/patah, feeding base motor 2x pecah,programme tak boleh dapat, bending tak accurate, parent die ada dent, leaking dan macam-macam lagi lah.
Malam tadi tak boleh bending pulak, safety bend sensor on. over bend la tu pasal o point tak leh dapat- semak betul.
kelihatan wak din sedang mengushar masalah yang tak setel-setel ' kejap ok pastu tak ok'
aku standby, panggil cina dodoko kalau takleh settel,itu pun kalau nak dilayanya.
Sapa la yang membuat keputusan membeli mesin yang mahal nak mampus =300k ni,
memang BUNGKO Botol" kato pakcik yang ghumaeh kek simpang theghachi, kolopilah.

kontek numbo:
Lim Bungko 012-2352225
Yap Bungko kocik cakap banyak punya 016-2770007

Pagi Yang Pelik !

Gambar pemandangan Banjaran Titiwangsa, tiap pagi ini lah pemandangan yang akan aku tempuh sebelum sampai ketempat kerja, tapi pagi ni awan tu pelik sikit ek, iyea ke?

Monday, September 22, 2008

Tenaga Nasional Berhad......untung memanjang!


Baru lepas submmit Application untuk tukar tarif D dari B dekat TNB tanjung malim.
brader tu cakap yg dah bayar kira burn pasal sapa suruh tak declare masa buat permohonan dulu.hampas punya TNB.
so,macamana?
aku ingat bagi clear dulu, lepas tu baru discuss dgn mgmt apa plan nak buat kalau diaorang taknak bagi rebet. aku propose fight dengan apa kemapuan yang ada dan sehabis baik yang mungkin.

kelemahan!
Borang permohonan diisi oleh Turnkey project cons. Comtract Sdn. Bhd - mr.kew.
Owner regestration: Mr.Timothy .
Dalam borang di takde mention apa-apa berkenaan tarif yang sepatutnya diberikan , adeke dibiornye kosong,tumpo betui! udohle dema TNB pun satu udah tau kaylang dimasuknye tarif serope dengan kedai mbuat kopok, idak pun mbuat kicap.kome mbuat keta taU!

Nikalau kek kampung den ni, sah-sah dah kono bangangan!

Friday, September 19, 2008

Jawapan Orang yang Mencari Masalah...Bagi Soalan Dibawah

Abd.Samad Wrote.
Salam Kembali,
Sukacitanya dimaklumkan bahawa tiada issue berkenaan machine yang menyebabkan ketidakupayaan melakukan proses semi-auto,
tetapi jika pihak tuan merasakan ada masalah yang masih tidak selesai yang menyumbang kepada ketidakmampuan bagi melakukan proses tersebut
dengan rasa rendah dirinya silalah maklumkan kepada pihak kami dengan kadar yang seberapa segera agar tindakan pembetulan dapat dilakukan.
Berkenaan dengan Proton Line Stop Pada 17-sept., pihak kami bertanggungjawab sepenuhnya dan memohon maaf atas kelewatan menyelesaikan masalah(breakdown) tersebut.
Ini adalah disebabkan kelemahan pengetahuan staff kami berkenaan robot,yangmana akan cuba diatasi dengan latihan yang sedang dirancang.
tetapi! amatlah mendukacitakan dengan sikap tidak bertanggungjawab Night Controller pada hari tersebut yang pada hemat saya telah menunjukan kebangangannya yang berada pada tahap yang paling tinggi.
tetapi, apakan daya nasi sudah menjadi bubur lambuk , terima aje la....segala sumpah seranah dan makian agar ianya menjadi satu pengajaran. cewah!
Tuan,
Berkenaan dengan perlunya menceritakan KISAH BENAR yang terjadi, saya mencadangkan agar dijemput Mazidul Akmal Sidek Atau Karam Singh Wallia bagi menjalankan siasatan
dan jika perlu terbitkan bagi siaran 360 untuk tatapan dipagi Hari Raya Yang bakal menjelang tiba tak lama lagi agar menambahkan lagi rasa insaf dan sedih yang teramat sangat.
Akhir sekali memetik kata-kata En. Azlan Sharif, kalau rasa tak mampu,tak boleh atau gagal dalam melakukan tugas, isi sahaja borang berhenti kerja sebab ada pun macam takde,lagi menyusahkan adala, buat semak je(itu kata saya)
Akhir sekali, saya bertanggungjawab atas segala yang telah ditulis dan jika ada yang tidak berpuashati, terpulang!
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Botin
Dan Katakanlah,walaupun ianya pedih bagi engkau dan orang yang mendengarnya!

Soalan Seorang yang Menghadapi Masalah.

Salam semua,
Buat masa sekarang Proton dah anggap kita dah mula jalan semi-auto program, so tak ada isu line capacity. Tapi sampai sekarang kita masih lagi run secara auto.
Masalah kita:
1) manpower tak cukup
2) manpower baru tak cekap nak jalan semi auto
3) tak sempat nak training ( takut masa training dapat output sikit sementara nak cekap)
4) pinjam manpower dari line yang lain
5) manpower yang lama dah berhenti
Kita masih bernasib baik sebab ada faktor yang lain selain daripada faktor line capacity
yang menjadi penyebab line customer stop. So kita ada sebab lain untuk sembunyikan
perkara yang kita masih belum buat seperti yang dijanjikan.
Setiap kali ada line stop di Proton Body, saya akan ditanya apakah sebab line stop oleh
PE Body Proton. Ini adalah disebabkan oleh pihak PE Body Proton bertanggungjawab
untuk memastikan tiada gangguan di Proton Body yang disebabkan line capacity pihak
vendor selepas Proton menaikkan volume sehingga 8000set/month.
Apa yang saya risaukan adalah sekiranya satu hari nanti jika line Proton stop
disebabkan kita punya line capacity dan pihak PE Body datang ke OSITM serta
mendapati kita masih lagi run secara auto, apakah jawapan yang kita berikan nanti.
Apakah perlu saya mencritakan KISAH BENAR yang berlaku di sini?
Ataupun saya menyerahkan orang lain untuk menjawab.
Yazid

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja-Pekerja Buruh Kasar Macam Aku. heh......

Banyak sangat masalah nak keluar duit, mungkin ini petunjuk bagi aku dalam membuat keputusan yang tepat gamaknye la.
Dari pejabat tanah kelang yang dah tiga kali aku lawati kemudian ke Pejabat SUK shah alam masih tak boleh settle. apa la punya batu.
aku rasa dah fed-up danon the way balik aku buat keputusa yang duit KWSP tu mungkin bukan utk rumah kut!
Tukar planning pulak,lepas ni kalau confirm aku nak shoot untuk aku punya Diploma Pulak, mana nak cari 13K beb, janji nak sponsor tapi macam biasa la, pakai duit awak dulu..hampagas betul..
lepas ni kalau tak success jugak aku taknak lagi lalu depan Pejabat KWSP dah,

Apa-sengeh-sengeh.

The Unforgiven II.
METALLICA.

Serangan Lewat..tececer.

The Best Leader Inspire By Example,When That's Not An Option
Brute Intimidation Works Pretty Well Too...Cheh!


serangan berlaku waktu berbuka hampir tiba.
ada ke dia suruh aku berhenti kerja, apa ingat 15 tahun aku kerja ni aku suka-suka je ke. hampas betul.
mula-mula angin, lepas tu slowly aku absorb semua tu dan transfer kepada alam semesta ini.
tapi tension la jugak pasal aku jarang fail.
Kesimpulan:
Perbezaan cara pengurusan yang dapat dipelajari adalah.
1. kalau kita berhadapan dengan sesuatu masalah kita akan cepat melenting, mungkin dah tak tahan kut. tapi sterss mgmt kalau tak pandai boleh menyebabkan kita kehilangan rasa hormat yang amat mahal harganya.
2. jika berhadapan masaalah jangan menjadikan masaalah tersebut semakin besar tetapi tanganinya dengan cara yang berhemah, yup! mungkin kurang hajar itu bagus tapi tak semua orang mempunyai sikap brutal.
Example:
cara TLKY@
Jika kita menghadapi masalah ataupun jatuh, beliau akan memimpin tangan kita bangun dan meneruskan perjuangan dan dengan penuh hemat akan 'tiau' kita lantas menjadikan kegagalan itu satu pengajaran dan semangat untuk menjadi yang terbaik tanpa perasaan benci malah hormat yang semakin meninggi.

This song was dedicated to him.- Miracle By Jon Bon Jovi.
............................. Gonna need a miracle, to save us this time
and the saviour has just left the town,

Thursday, September 18, 2008

Serangan Hendap!

3 das tembakan telah mengenai aku pagi ni, tak sempat nak ngelak! terima aje.
Aku diberitahu everithing is okey but suddenly pagi ni, kedebom..!
Kronologinya adalah;
1.Robot breakdown 6pm( accident dgn jig) - aku tengah basuh kereta.
2.pastu jeman msg. kata dah ok.
3.Jeman inform ada spot point missing, 1 st process.
4.inform zul/bert masa tengah layan 1st cigrette lepas buka.-dia macam biasalah okje.
5.8.30 zul sms inform everything is okey. dah okey apalagi cow pegi garden seafood, rabak 100.
6.11.30-emergency case, pegi balai polis tg malim, Richbill punya barang kena rocket-polis ambush india.
7.1 pagi gerak balik,langsung taknak tido,layan MU sampai 4.30am-seri dewi malam0-0.vilareaal
8.prepare sahur,lelap 1 jaM ,gerak gi keja.
9.counter atack- cinabeng punya maiel cakap belit-belit, aku nampak kepala dia dah makin kecik je,baik aku belah kalautak.....tak salah kalau mengalah,kita kan tengah pose.
10.aku rase aku nak mentarbiah la sikit petang ni pasal dah rasa berat menangung tekanan,kasi relese sikit supaya sama-sama merasa.

HUH....!
Semalam dan arini memang panjang.

Tuesday, September 16, 2008

OSIM...dalam kenangan


masa tu semuanya ok. takde yang tak ok.seronok je..sengeh je..kepala tak sakit...otak tak bengkak.
tapi itu duluuuuuu...
Zaman dah berubah beb!
sekarang ni semua tak kena,semak betul! apa nak jadi aku pun tak tau.
Tapi sebenarnya aku tau tapi dah takde hati nak ambik tau, ah lantakla janji aku clear kerja aku.
dan buat-buat tak tau. berapa banyak tau da.....?

Aku yakin aku ada formula macamana nak betulkan semua ni balik dan aku yakin fromula tu memang boleh digunapakai.

arini ada orang demam la pulak, kesian....
semoga cepat sembuh!

Saturday, September 6, 2008

Bismillahirohmanirohim......


Alhamdullilah masuk hari ke6 ramadhan tampa sebarang masalah.