Sunday, December 27, 2009

..dan maka berusahalah mendatanginya!


Perkara-perkara sunat dilakukan pada Hari As-Syura ( 10 Muharram)
* 27-December-2009/10-Muharram-1431 (Ahad)
  1. Lapangkan masa belanja anak isteri – Allah akan lapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin – Allah akan lapangkan kuburnya nanti.
  3. Menahan marah – Allah akan masukkannya ke dalam golongan redha.
  4. Menunjukkan jalan kepada orang yang sedang sesat – Allah akan penuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Usap kepala anak yatim – Allah akan kurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang diusapnya.
  6. Bersedekah – Allah akan jauhkannya dari api neraka dengan kadar jauh seekor burung gagak terbang tanpa henti dari kecil hingga ia mati. Dan diberi pahala seperti sedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Pelihara kehormatan diri – Allah akan terangi cahaya keimanannya.
  8. Mandi sunat – Allah akan lindunginya dari sakit-sakit yang berat tahun ini. Niatnya begini, “Sahaja aku mandi sunat pada hari As-syura kerana Allah ta’ala.”
  9. Bercelak – Allah akan lindunginya dari sakit mata tahun ini.
  10. Baca surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad…) 1000 kali – Allah akan pandangnya dengan rahmat di akhirat nanti.
  11. Solat sunat 4 rakaat – Allah akan ampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun. Niatnya begini: “Sahaja aku solat sunat hari As-syura 4 rakaat kerana Allah ta’ala.” Rakaat pertama dan kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa – Allah akan beri pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa
dan tidak aku jadikan sesuatu itu tanpa sebab'

Usaha lagi tahun hadapan-Tahniah beb!

wallahualam.....

....Dan Berpesan-pesanlah

Kelebihan 10 Muharram
Diantara peristiwa yang berlaku pada 10 muharrram yang menjadikan hari tersebut begitu istimewa dan wajib diingati oleh kito semuo umatnya..'
  1. Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah;
  2. Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah ke langit;
  3. Nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah selama 6 bulan;
  4. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud;
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.;
  6. Nabi Yusof a.s. dibebaskan dari penjara;
  7. Penglihatan Nabi Yaakob a.s. yang kabur dipulihkan oleh Allah;
  8. Nabi Ayub a.s. dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritanya;
  9. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam;
  10. Laut Merah terbelah dua untuk selamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya dari tentera Fir’aun;
  11. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah;
  12. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan kerajaan besar oleh Allah;
  13. Nabi Isa a.s. diangkat ke langit;
  14. Hari pertama Allah ciptakan alam;
  15. Hari pertama Allah turunkan hujan;
  16. Hari pertama Allah turunkan rahmat;
  17. Allah jadikan Arasy;
  18. Allah jadikan Luh Mahfuz; dan
  19. Allah jadikan malaikat Jibril.
...dan ingatlah aku,nescaya aku akan lebih mengingati kamu!

credit to: soleh.net.

Thursday, December 24, 2009

Selepas Hujan itu'

Kepala rasa macam nak pecah!

Saturday, December 19, 2009

Melastik Ke Bintang II

NO WOWEN NO CRY ?


Aku dibakar dengan kenangan kegembiraan sambil kepala berada ditahap atas awan. .. ah cukup syahdu! Berontakan,sampai separuh dari aku menghasut agar membuat tindakan berani mati. Tinggalkan segala macam tanggungjawab sambil berharap everything will be okey. Namun kita hanya merancang beb!

- Tahniah buat Ayong pasal dah kono ikat sobolah kaki!

02-MUHARRAM-1431
Sabtu@Sri Gombak.

- All d' best' -

Thursday, December 17, 2009

Salam Hijrah 14301

Kepada semua sahabat diucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 14301.
Kita semua kena tukar mentaliti bahawa Tahun baru masihi yang sering disambut adalah berlandaskan takwim yang dicipta oleh orang yang tidak bersaudara dengan kita.

So..jangan lupa perkara yang perlu dilakukan pada petang sebelum dan selepas 1 Muharram.-
peringatan untuk diri sendiri sebenarnya'

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah pada semua. Moga sihat, berjaya, betambah rezeki, betambah iman, bebahagia, panjang umur dalam iman, bejaya melaksanakan azam, diberkati dan dirahmati Allah....aminnnnn

Terasa aku makin tua.........!

credit to my old friend- Mr.Gayour

Tuesday, November 24, 2009

The Opportunities

kenapa bila issue maths' aku tension?

3-2=1,
ingatkan dah settle,ropenye belum lagi pasall...

3-2=1+1=2
Apasal jawapanya susah sangat nak dapat satu walaupun sudah ditolak!

Mungkin aku salah tolak kot, so pastikan penolakan tersebut adalah yang betul selepas ini !

Apapun jika sudah itu suratanya, maka PERCAYALAH.
Semoga aku memperolehi petunjuk dari NYA.....

Hijrah itu pengorbanan.....
Hijrah itu perjuangan..........


....and if you love me, then darling' don't refrain,
or i'll just end up walking in a cold NOVEMBER RAIN.

................................................



Thursday, November 12, 2009

Melastik Ke Bintang!



BERAT,makin berat,terasa cukup penuh,padat dan amat sukar sekali dalam menghadapi segala macam benda yang datang....
...dan apabila masa, terasa begitu cepat detik pengiraanya.......... Dengan Setiap keputusan perlu percaturan yang amat teliti dan diperhalusi,setiap kata-kata perlu 10x pertimbangan sebelum dilafaskan setiap butirnya dan yang mana wajib untuk dikotakan seperti yang telah dijanjikan.....arghhhhh!
Mungkin ini kifarahnya....


Yearghhhhhhh...sebenarnya gua amat steady dalam mengharunginya. cuma.....terasa amat lama diri ini tidak melastik keBINTANG' dan sesekala Rindu Bertandang Lagi!

...and it's hard to hold a candle in a cold November Rain'



Sunday, November 8, 2009

Bravo!

Taknak cakap apa-apa pasall.....,


ekau memey besh la jang!



Friday, October 16, 2009

The Presentations.....

If it's up to be, insyallah,it will be.......



Alhamdullilah..........



Tuesday, October 13, 2009

Hobin Jang Hobin!

ViVA Piala Malaysia 2009!
-epl tongah rilek,setan merah poyie mentedarah kuih gayo!


HOBIN JANG HOBIN[/size]

Hobin Jang Hobin...3x
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang
Hobin jang hobin...3x

Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi
Hobin jang hobin...x3

Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong. molopong..
Hobing jang hobin...3x

Hobin jang hobin...3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin...3x

Kali ini kalau kalah
Balik kampong potong gotah
Kito jangan monggollabah
Pialo kito punggah
Punggah.. punggah...
Hobin Jang Hobin...3x

Hobin bin bin bin hobin jang hobin..............
Hobin... hobin... hobin jang hobinnnnn........
Hobin jang hobin....


Fakta.

1.lagu nih DJ neghori F.M yang nyanyi...
adam tahir namo eaaa....iyo ko?macam poie(rampa)yo.

2.bedorau darah den dongar lagu ni..ingek zaman kocik2 p stadium paroi jln kaki nengok bola..skg ni dah dok kek tompek oghang tgok pipit yo...

3.klu palo ngah bodongung layan lagu ni pun sodap niee,.gaso mcm kek jamaica yo haaa,..suko uwan ongah den donga haa...


Ontahla......

Tuesday, September 29, 2009

Aidilfitri 1430H

Let the picture tell a story..........





kedabommmmmm!

Tuesday, September 15, 2009

10 Yang Akhir !

Andai ini Ramadan yang terakhir,Pastikan kau tidak Menyesal.......

Dua malam yang istimewa dalam Islam ialah malam Lailatulqadar dan malam Nisfu Syaaban. Malam Lailatul Qadr itu afdhal dari segala malam di dalam setahun. Diikuti malam Nisfu Syabaan. Malam Lailatul Qadr ialah malam penetapan kadar iaitu takdir seperti kadar rezeki manakala malam Nisfu Syaaban ialah malam diserahkan buku yang mengandungi perkara yang ditakdirkan itu (buku baru kata orang). Malam Lailatul Qadr juga ialah malam diturunkan Al-Quran secara sekaligus dari Loh Mahfuz ke langit Baitul Izzah. Al-Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w. secara sedikit-sedikit selama 23 tahun, mengikut keperluan dan masalah yang dihadapinya
Dukhan [4] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)
Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Para sahabat nabi risau kerana tidak dapat berjihad dan beribadat seperti umat terdahulu, misalnya Bani Israel berjihad selama 80 tahun. Lalu Allah menurunkan surah Al-Qadr untuk menenangkan para sahabat nabi yang risau itu. Ramai orang tahu pahalanya 1000 bulan (84tahun)
Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan
Bilakah waktunya?
Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.
“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))
Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.
Waktu lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini)
JIKA AWAL RAMADHAN (1 RAMADHAN) JATUH PADA HARI :
[1] Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;
[2] Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
[3] Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan

[4
] Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
[5] Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.- Jika benar itu kamu,alhamdullilah,syukur.

Cara Nabi mendapatkan lailatul qadar
Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.
Nak buat apa pada malam itu?
Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.
Nak minta apa jika bertemu malam itu?
Siti Aisyah r.a. juga bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatulqadar. Jawab baginda bacalah “Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni, seperti yang selalu dibaca selepas sembahyang tarawikh.
Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,
“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)
Apa berlaku pada malam itu?
Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Allamah Sawi mengatakan pada malam itu turun ruh malaikat yang mempunyai 1 badan dan 1,000 muka. Besarnya ruh malaikat ini ialah kepalanya berada di bawah Arasy dan kakinya bertunjang ke bumi. Setiap muka mempunyai 1,000 mulut, kerjanya memuji Allah, setiap lidah dalam bahasa yang berlainan (1,000 muka x 1,000 mulut = 1,000,000 bahasa)
Malaikat yang turun pada malam itu mengucapkan Salam kepada orang Islam kecuali kepada orang Islam yang meminum arak, memakan babi dan memutuskan Silatur-Rahim.
Antara kelebihan malam lailatul qadar ialah malaikat turun bersama 4 panji-panji iaitu 4 bendera yang diletakkan di 4 tempat:
 Satu bendera diletakkan di atas Maqam nabi.
 Satu bendera diletakkan di Baitul Maqdis
 Satu bendera diletakkan di Baitullah
 Satu bendera diletakkan di Bukit Thur
Tanda Malam Lailatul Qadar
Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:

Pastikan,tanpa gagal!
Wallhualam......

Friday, September 4, 2009

Di Separuh Perjalanan Ini.......

15 Ramadan 1430H
Soalan: Akukah yang lambat atau waktu yang bergerak Pantas ......?


Down on the 1st & 2nd day!
Aku redha. Ini kifarah Tuhan. Untuk tiap solat yang tidak terjaga atau sengaja, untuk tiap hati yang terluka dan marah yang tak mengenal siapa, untuk amalan yang hilang istiqamahnya. Kifarah Tuhan untuk insan lemah dan leka. Untuk hamba yang mungkir taubatnya. Ya, aku terima,
sesungguhnya penyakit itu adalah penghapus dosa!
-alhamdulillah, penawarnya sentiasa berada disisiku.

UTM@BATC:EDMM
-Information System Strategies-
Fakta bukan auta:
Apabila kandungan nikotin dalam darah tiada@berkurangan, maka akan munculah bayang-bayang rerama atau bintang berkedipan lantas membuatkan segala urat saraf menjadi tersekat dan menyebabkan segala rongga menjadi semakin mengecil.
Pada waktu dan ketika ini daya titik fokus sering tersasar dan kebarangkalian untuk terus hanyut adalah sanggat tinggi.......huaarghhhh mengantuknyaaaaa!

Nasib baik lecture cun beb!
Marvelousssss!
L : Awak janganlah buat lawak, saya ni senang sangat nak gelak tau.....
K : Kitaorangpun samee he.he ee...
L : Kalau x paham atau nak tanya apa-ape, send je email kat saya-ezan@yahoo...
Gelak punya gelak, kita balik pukul 3 - Horreyyyy!


The Day Before 52nd Merdeka Celebration

KL macam biasa Jem!
A day at Pasar Road to find Celait' Along.
Dah boleh bayang dia punya suka bila dapat celait yang diidamkan.
Boleh cek duit palsu dan tembak kambing, Hah! tembak kambing?


Felda Jelai 3 ,Darul Khusus.

Sebenarnya aku baru semalam belajar menjala - Iwan.
AWAS: Brader baju itam kat belakang tu terrer, dia boleh cek duit palsu ke tak!
Cuba kau cocok.......
HUH!

sampai je dah rasa macam raya pasal semua semua sedaghro(saudara) dah ada kat kpg.
Maklumlah anak mithali semua, aturcara wajib berbuka bersama ayah bonda.
Dari projek cili nordin,meriam along,kambing mati terbongkang dan paling best dapat semua merasa hasil kolam.
-What a great weekend-

Jawapan: Aku mesti memperkemaskan langkahku agar tidak alpa,kerana waktu seperti biasa tidak pernah lupa atau berubah sifatnya.
Dan ingatlah bahawa mati itu pasti!
- Allah HuAkbar-


Hijrah?

Tuesday, August 18, 2009

Rahmat Ramadhan - Welcome A'bord

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna......


Ampun & Maaf dipinta agar segala amalan diberkati.

Tuesday, August 11, 2009

Hero of The Days!

Hati manusia x sapa tahu!
Hari ni suka,esok Menyampah.

Pedulik' pendapat orang '''
Do with ur' own ways!

They're suck & fucking off...

-Niama...hai'-


Friday, August 7, 2009

WASIAT!

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Thursday, July 16, 2009

Kayu'

Batu juga besar, kpla atas juga duduk'


Hai lah makhluk', kenapalah engkau bersikap sedemikian!
  1. 1.kalut tak tentu pasal
  2. Kecoh tak tentu arah
  3. Bengap tak kena tempat
Nak nangis ada,sedih pun ada, marah lagi la banyak,
- Bila kita berlumba-lumba menunjukan keterreran & kebagusan kita sebenarnya kita nampak macam Kongkang!
Kongkang pun tak nampak macam kita'

Apapejelah.........

Tuesday, July 14, 2009

Positive+

+Walaupun disebalik jerubu yang tebal, sebenarnya banyak lagi yang menarik!
Tahniah bagi mereka yang merasa kejayaan berada disekeliling,dalam gengaman atau sedang menggapai'
Teruskan usaha dan YAKINLAH!

Friday, July 10, 2009

Senyumla sikit !

Aku tak tau nak gelak ke atau nak nangis bila dengar lagu ni.
Apapun marilah kita nyanyi bersama.........



Buangkan sifat amarah mu & selalulah merendahkan diri & saling membantu & bersangka baik sesama kamu!

Note: Pantat dalam bahasa indon adalah 'Bontot

Thursday, July 9, 2009

500Km/Day

The Picture tell a Story...

Picture by Sony W510.


Institut Kemahiran Belia Negara

IKBN adalah salah sebuah pusat pengajian yang dikendalikan oleh kerajaan dibawah Kementerian Belia & Sukan.Menteri :Datuk Sabery Chik.
Konsep pembelajaran terbahagi kepada 2 iaitu, sijil & Diploma.
Personally bagi aku ianya adalah amat bagus kerana cara pembelajaran adalah bertujuan menyediakan tenaga kerja dalam bidang teknikan bagi permintaan disektor yang terbabit.
Contoh: Sijil/Diploma Automotive (Pembuatan)
Krusus yang disediakan adalah merangkumi teknologi pembuatan yang melibatkan industri permotoran seperti pengendalian mesin,rekabentuk dan teknologi baru yang melibatkan industri tersebut.
Kalau dulu kita ingat automotive adalah kerja-kerja pembaikpulihan kenderaan sahaja tetapi kini negara telah berusaha kehadapan dengan melatih anakbangsa dengan ilmu dalam bidang pembuatan-congrats..

Registration!

Apa yang lebih dibanggakan adalah kemudahan pembelajaran ini adalah sumbangan kerajaan kepada rakyat pasal dengan hanya bayaran serendah RM 80 anda yang layak akan diterima mengikuti krusus yang ditawarkan.
Tempoh masa krusus adalah selama 3 tahun dengan jumlah 6 semester.




Kemudahan asrama dan bengkel yang boleh dibanggakan.
So..sapa yang rasa masih ada minat nak belajar bolehlah memohon secara on-line.

Dear Pakcu...
Abang takde harta yang banyak untuk ditinggalkan... hanya ilmu dan amalan sahaja untuk dibuat pedoman!





Tuesday, July 7, 2009

Memory Remain !




Dipondok Kecil, dipantai ombak, berbuih putih, beralun-alun.............

Sek.Men.Vokasional Juasseh,Kuala Pilah,N9-1991-92.

Thursday, July 2, 2009

Penat!


Spiderman Pun Tahu Penat beb!

2 hari berturut-turut pegi shah alam membuatkan aku betul-betul penat..?
but..d'second day was great, from the presentation regarding electricity saving witch's already approved. - dam'it diaorang ingat aku nak push reward tu sangat padahal aku dah mention erlier pasal non-compliance issue yang tak settle lagi-(competent control) sebab bagi aku itu adalah isu yang melibatkan negara. cewahh. -sengall betullah!
Aku propose/request nak buat assigment for CMMS system and at the end tup..tup aku kena buat presentation to all the kepala makbapak by next week-9/7 thursday.
mmmm... okey, as usual no hal punya coz. i've to ----- something that can give a big impact to the company.

suddenly... ' we think you should transfer to SA'
Aku: Hah...saje je buat terkejut pasal aku dah dengar rumors ni bertiup kencang since dulu lagi.

This is the big parts,hear this,
' I'am Sorry, it's better to all of you forget about that proposal coz. i'am -------!

Wah! what a great ending, at least aku dapat score balik pasal aku pernah kalah dan dibelasah dengan teruk =4 /0 dan sekarang keputusan menjadi 4/1.
Macam ada satu perasaan pada waktu itu yang tak boleh digambarkan, rasa macam aku sedang berada ditengah sebuah padang yang luas dilitupi penuh rumput hijau dan udara yang amat nyaman dan segar...pergh!

......dan aku masih berpegang dengan prinsip bahawa Setiap manusia ada harinya!
Walaupun Aku Hanya Seranggaaa......

Alhamdulillah, everything goes as imagination!
Bandar Diraja, Here i come'



Friday, June 26, 2009

Andai Ku tahu.....

Andai ku tahu...kapan tiba ajalku,
Ku akan memohon...tuhan jangan kau ambil nyawaku....

Andai ku tahu....malaikat mu kan menjemputku,
Izinkan aku...mengucap kata taubat pada mu....
Al-fatihah untuk aki din-23-june/2.00pm.

Gerbang Jambatan Sultan Ahmad Shah,LPT,Temerloh,Pahang.

Latest news pagini adalah Maikel Jeksen dah mati! ah..dia boleh mati ke?
Takde ke pembedahan yang boleh buat dia hidup balik?
Aku: kepala hotak engkau!

Tapi dia mengingatkan aku pada satu teka-teki yang diberi oleh seorang budak.
'' Uncel Sam, Apa yang masa kecik dia hitam, dah besar dia putih''
Aku: ntah!
Jawapan dia : Maikel Jeksen!
Aku: huh!

Minggu yang rasanya bercampur-campur.
perasaan yang tak berapa nak consistent, tapi....

Wish me luck for next week...




Friday, June 12, 2009

Cari Jalan Pulang,

Hidup tak pernah lupa,tapi manusia mudah lupa pada tujuan hidupnya.....


Di Jalan Sesat-M. Nasir
.
Apakah takdir mimpi ini
Mendatang berulang kali
Berdarah penuh di tanah
Sedang tangan menungkat langit
.
Apakah yang ku perjuangkan
Apakah yang dipertahan
Apakah mesti aku jadi pahlawan
.
Oh Tuhan
Tidaklah aku layak
Untuk SyurgaMu
Namun aku tak berdaya
Menahan panas NerakaMu
.
Curiga di mata orang
Bagai mentari rembang
Bagaikan aku berdosa
Pada siapa saja
.
Sedang Tuhan di mana-mana
Melihat semua dosa
Dalam serata usia
.
Walau ditelan Segitiga Bermuda
Selalu ku mengulangi
Dosa yang telah ku buang
Diikuti kembali
.
Mengapa begini
Mengapa begini
.
Sedang Tuhan tahu sesiapa
Untuk Neraka untuk Syurga
Aku tak terpaksa memilih Syurga
Demi pengertian pada hukum alam
Dan sesungguhnya aku cinta padaMu Tuhan
Walaupun sesat jalan.

Friday, June 5, 2009

Selamat Pengantin Baru...

My 2nd Twin Tower Successful Build UP
Bravo!


Masa majlis bertunang 11-oct-2008
BM-Penang





Selamat Pengantin Baru.
Jelai 30-Mei-2009

The Lauk Of ' Pengantin'

My Younger Brother..at last.
Hisham And The Gang.

Memperkenalkan, The Tukang Masak Of Lauk Pengantin.
My loving wife wt my younger sister.

First time aku kena kerjakan hampir 60% of the tulang.
Nak runtuh rasa bahu!
What a valuable experience'

Tapi yang best diaorang siap begaduh pasal jantina lombu ni.
' Kalau lombu jantan, mano deh tolo eh?
'yang sebona eh, lombu ni betino tapi mandul!

:Aku'' gasak kau la!


'Alan The SUPER Power'
Tukang masak import dari Parit Tok Ngah,Tanjung Piandang, Perak.

Depa yang mai kata, lauk sedap!
Macamano tak sodap, terdapat barang larangan yang dicampurkan didalam masakan.
Tapi bukannye haram.
but...nasik ada jelatah sikit la cek mad daud & abg. mie oi!
Anyhow, thanks for the hand, really appreciated.


Macam biasa bila balik kampung mesti ada extra job, dari mesin rumput along,mesin basuh mak sampai kipas cik nah.
* sekurang-kurangnya ada rasa berharga la jugak aku ni, ceh!

Promosi:
Along Zaid cakap dekat melaka( Teluk Mas) ada Ustaz boleh berubat cara batin,
Kalau rasa nak tukar Jantung baru pun boleh'
Ada cino tu cakap: Huiyoo.. ini olang ada magic oooo.
Aku: Kena pegi ni!


Anyhow, SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT IWAN & YANA!
Semoga Tuhan Merahmati Kedua Mempelai....Amin.


Tuesday, May 12, 2009

Aku Dah Bosan!






Last week banyak relex, daripada pejabat DOE Ipoh,
' Encik kena bayar saman, RM2K kalau bersalah?

Balik kampung,Jengka.
Lama tak balik!
Ikan patin,sekilo RM14.layanz!

Cuaco? Umangai, kemain paneh laie ghaso nak tebaka dado ghaso eh!


Monday, April 27, 2009

Bersalah atau Tidak?

Dengan ini anda didapati telah melakukan kesalahan .....


...Sekarang aku hidup dizaman dimana kebenaran itu adalah suatu kesalahan!

Saturday, April 25, 2009

Alahai.....

-Next Plan-
Ammin.........