Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya guys!

Feel nak raya belum lagi rasa, mungkin pasal esok aku kerja lagi kot.
any how ni la kuih raya untuk engkorang- thanks ana for repacking.
Petang plan short meeting untuk plant shutdown activities dengan biasalh, every year kitaorang punya yearly cut off date untuk satu tahun adalah bila menjelang hari raya, senang nak kira, cukup satu tahun. Tapi tahunni kurang satu ahli, omar dah berhenti tak cukup lagi satu tahun but, we have a young girl as our new clerk - Rozana. welcome aboard.
Normaly time ni la nak mintak maaf kalau ada salah atau silap, sapa paling banyak buat silap, aku ke engkorang? rasa nya engkorang banyak silap dan aku banyak marah. so dua-dua silap.
kita insan biasa.
Terimakasih pasal banyak bersabar dengan perangai aku yang kadang-kadang angin,bahasa yang kadang kala agak keras, insyallah aku akan cuba mengawal dan memperbaiki lagi dari masa ke semasa.
Ampun maaf dipinta, Selamat Hari Raya Idilfitri Minal Aidil Walfaizin.
Semoga kita mampu berjumpa lagi dengan ramadhan yang akan datang dan salam sejahtera!

Wassalam.
Abd Samad-1429H.

...ku mengharap kan ramadan kali ini penuh makna,
agar dapat kulalui dengan sempurna.

Man Bai&Raihan - harapan ramadan

Thursday, September 25, 2008

Anak Bulan Dah Nampak?

Arini biasa je, takde apa yang menarik selain dari kena audit EMS dengan jalan production lagi.
Berkorban apa saja! tapi engkau dibayar gaji beb bukan kerja free.
Mood? bercampur-campur, tapi esok banyak appointment.

Wednesday, September 24, 2008

Umangai Poneknyo !

Ni la cabaranya,cuba bayang kat padang mahsyar nanti, ''ah tak boleh nak bayang.''
Hari ke 24 ramadan everything ok except hari ni ada audit-Hajjah rozalita & en rosli.
pastu kena jalan module. tekak punyala kering teringat air kelapa muda...oh!

Banyak sangat engkau tinggal dan tak buat, apasal? lepas raya, eh tak, besok pagi mesti start update semua yang engkau tinggalkan. engkau bukan seorang yang suka fail. planning betul-betul.
Ingat before end of October everything must be ready.

Good Luck Bro!
METALLICA baru relese album baru DEATH MEGNATIC

Hampasss!

Hampas Betul....Tapi sabor,bulan pose mana buleh marah yeop!
ICC internal convention OSISA tetiba je cakap tak jadi, lagi satu hari baru bagitau cancell.
kenapalah selalu sangat jadi macam ni,mungkin inilah yang dikatakan lemah minda atau bingai!
apapun kitaorang punye slide dah ready, yeah......any time kat mana cakap je, aku tunggu dekat simpang. Congratulation guys.

Ini lagi satu _ _ _ _ _ _ 2 hari lepas inform set meeting pasal IQM die problem pukul 10. tup-tup hari ni tak datang pulak. macamana problem nak settel kalau semuanya nak lepas tangan, trut..trut..En.Azlan Call pulak> entah apasal pulak macam fobia je bila dia call-marah lagi ke?
meeting tak jadi, saya arahkan awak buat die Holder step yang baru, discuss dengan supplier.
please settle.

*Update :4.30pm= pada jauh aku rasa macam kenal je mamat idung kembang ni,rupanya norman, diaorang panggil dia lak untuk buat die padahal pagi sembang lain tapi secara logiknya arahan tetap arahan tiada cancelllation lagi cuma aku rasa macam nak jadi Kambing Hitam je,
buat kerja takde makna, so amacam? u are a smart guy, as usual do your job dont care about anything,follow the instruction. but then! this time if u are feeling like they wanna play with you,
threat them as your opponent and make sure you are the winner - play smart la beb!

aku pun apa lagi buat planning dgn aziz,tetiba je eh, jalan module orang tak de.
Laporfo, latakunsi!
Aku bawak semua budak aku dengan eng. pow satu line.
Basah...............
Cino Soco datang repair CNC, dia cakap itu taiwan tatak pasang key way, bengap punya olang!

Tuesday, September 23, 2008

THE REVOLUTION


Logo ni aku cipta dalam tahun 2004,dah banyak kali ubah ahli tapi nama dan logo dan aku tetap maintain. Apasal?
Lusa diaorang nak pegi present ICC projek dekat OSISA-internal convo. hari ni rasa macam sampai nak muntah tengok slide, alter mana yang tak kena, mana tau diaorang boleh boom.
Ini adalah Standard Operation Procedure kalau nak present projek,last minit kelam-kabut prepare slide ada yang aku diberitahu baru nak discuss nak buat projek apa,hancuss tapi macam biasa, wayang mau real itulah hakikat kat OSI dah bezaman macam tu, takde istiqamah langsung. kesilapan dia semua orang tau tapi tak boleh nak ubah,rebung dah jadi buluh betung!
Budak aku punya projek boleh cakap real la pasal projek ni memang kerja diorang . improve jig condition-KAIZEN.
perasaan? aku rasa diaorang mesti bedebar-debar macam lusa nak akad nikah, padan muka rasakan,itulah pengajaran jang woiit.

Hope you all do the best and good luck!

CNC Bending Machine - DOSOGO.

Namanya sahaja dah melambangkan ketidak mampuan ataupun kelakar.
sejak beli sampai sekarang memanjang ada problem, aku sampai taknak layan cina yang jual mesin ni, dia pun semak je bila nampak aku pasal ada satu hari tu aku tiau' dia pastu aku suruh dia hangkut balik mesin ni - semak betul.
batang shaft je dah dua kali bengkok/patah, feeding base motor 2x pecah,programme tak boleh dapat, bending tak accurate, parent die ada dent, leaking dan macam-macam lagi lah.
Malam tadi tak boleh bending pulak, safety bend sensor on. over bend la tu pasal o point tak leh dapat- semak betul.
kelihatan wak din sedang mengushar masalah yang tak setel-setel ' kejap ok pastu tak ok'
aku standby, panggil cina dodoko kalau takleh settel,itu pun kalau nak dilayanya.
Sapa la yang membuat keputusan membeli mesin yang mahal nak mampus =300k ni,
memang BUNGKO Botol" kato pakcik yang ghumaeh kek simpang theghachi, kolopilah.

kontek numbo:
Lim Bungko 012-2352225
Yap Bungko kocik cakap banyak punya 016-2770007

Pagi Yang Pelik !

Gambar pemandangan Banjaran Titiwangsa, tiap pagi ini lah pemandangan yang akan aku tempuh sebelum sampai ketempat kerja, tapi pagi ni awan tu pelik sikit ek, iyea ke?

Monday, September 22, 2008

Tenaga Nasional Berhad......untung memanjang!


Baru lepas submmit Application untuk tukar tarif D dari B dekat TNB tanjung malim.
brader tu cakap yg dah bayar kira burn pasal sapa suruh tak declare masa buat permohonan dulu.hampas punya TNB.
so,macamana?
aku ingat bagi clear dulu, lepas tu baru discuss dgn mgmt apa plan nak buat kalau diaorang taknak bagi rebet. aku propose fight dengan apa kemapuan yang ada dan sehabis baik yang mungkin.

kelemahan!
Borang permohonan diisi oleh Turnkey project cons. Comtract Sdn. Bhd - mr.kew.
Owner regestration: Mr.Timothy .
Dalam borang di takde mention apa-apa berkenaan tarif yang sepatutnya diberikan , adeke dibiornye kosong,tumpo betui! udohle dema TNB pun satu udah tau kaylang dimasuknye tarif serope dengan kedai mbuat kopok, idak pun mbuat kicap.kome mbuat keta taU!

Nikalau kek kampung den ni, sah-sah dah kono bangangan!

Friday, September 19, 2008

Jawapan Orang yang Mencari Masalah...Bagi Soalan Dibawah

Abd.Samad Wrote.
Salam Kembali,
Sukacitanya dimaklumkan bahawa tiada issue berkenaan machine yang menyebabkan ketidakupayaan melakukan proses semi-auto,
tetapi jika pihak tuan merasakan ada masalah yang masih tidak selesai yang menyumbang kepada ketidakmampuan bagi melakukan proses tersebut
dengan rasa rendah dirinya silalah maklumkan kepada pihak kami dengan kadar yang seberapa segera agar tindakan pembetulan dapat dilakukan.
Berkenaan dengan Proton Line Stop Pada 17-sept., pihak kami bertanggungjawab sepenuhnya dan memohon maaf atas kelewatan menyelesaikan masalah(breakdown) tersebut.
Ini adalah disebabkan kelemahan pengetahuan staff kami berkenaan robot,yangmana akan cuba diatasi dengan latihan yang sedang dirancang.
tetapi! amatlah mendukacitakan dengan sikap tidak bertanggungjawab Night Controller pada hari tersebut yang pada hemat saya telah menunjukan kebangangannya yang berada pada tahap yang paling tinggi.
tetapi, apakan daya nasi sudah menjadi bubur lambuk , terima aje la....segala sumpah seranah dan makian agar ianya menjadi satu pengajaran. cewah!
Tuan,
Berkenaan dengan perlunya menceritakan KISAH BENAR yang terjadi, saya mencadangkan agar dijemput Mazidul Akmal Sidek Atau Karam Singh Wallia bagi menjalankan siasatan
dan jika perlu terbitkan bagi siaran 360 untuk tatapan dipagi Hari Raya Yang bakal menjelang tiba tak lama lagi agar menambahkan lagi rasa insaf dan sedih yang teramat sangat.
Akhir sekali memetik kata-kata En. Azlan Sharif, kalau rasa tak mampu,tak boleh atau gagal dalam melakukan tugas, isi sahaja borang berhenti kerja sebab ada pun macam takde,lagi menyusahkan adala, buat semak je(itu kata saya)
Akhir sekali, saya bertanggungjawab atas segala yang telah ditulis dan jika ada yang tidak berpuashati, terpulang!
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Botin
Dan Katakanlah,walaupun ianya pedih bagi engkau dan orang yang mendengarnya!

Soalan Seorang yang Menghadapi Masalah.

Salam semua,
Buat masa sekarang Proton dah anggap kita dah mula jalan semi-auto program, so tak ada isu line capacity. Tapi sampai sekarang kita masih lagi run secara auto.
Masalah kita:
1) manpower tak cukup
2) manpower baru tak cekap nak jalan semi auto
3) tak sempat nak training ( takut masa training dapat output sikit sementara nak cekap)
4) pinjam manpower dari line yang lain
5) manpower yang lama dah berhenti
Kita masih bernasib baik sebab ada faktor yang lain selain daripada faktor line capacity
yang menjadi penyebab line customer stop. So kita ada sebab lain untuk sembunyikan
perkara yang kita masih belum buat seperti yang dijanjikan.
Setiap kali ada line stop di Proton Body, saya akan ditanya apakah sebab line stop oleh
PE Body Proton. Ini adalah disebabkan oleh pihak PE Body Proton bertanggungjawab
untuk memastikan tiada gangguan di Proton Body yang disebabkan line capacity pihak
vendor selepas Proton menaikkan volume sehingga 8000set/month.
Apa yang saya risaukan adalah sekiranya satu hari nanti jika line Proton stop
disebabkan kita punya line capacity dan pihak PE Body datang ke OSITM serta
mendapati kita masih lagi run secara auto, apakah jawapan yang kita berikan nanti.
Apakah perlu saya mencritakan KISAH BENAR yang berlaku di sini?
Ataupun saya menyerahkan orang lain untuk menjawab.
Yazid

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja-Pekerja Buruh Kasar Macam Aku. heh......

Banyak sangat masalah nak keluar duit, mungkin ini petunjuk bagi aku dalam membuat keputusan yang tepat gamaknye la.
Dari pejabat tanah kelang yang dah tiga kali aku lawati kemudian ke Pejabat SUK shah alam masih tak boleh settle. apa la punya batu.
aku rasa dah fed-up danon the way balik aku buat keputusa yang duit KWSP tu mungkin bukan utk rumah kut!
Tukar planning pulak,lepas ni kalau confirm aku nak shoot untuk aku punya Diploma Pulak, mana nak cari 13K beb, janji nak sponsor tapi macam biasa la, pakai duit awak dulu..hampagas betul..
lepas ni kalau tak success jugak aku taknak lagi lalu depan Pejabat KWSP dah,

Apa-sengeh-sengeh.

The Unforgiven II.
METALLICA.

Serangan Lewat..tececer.

The Best Leader Inspire By Example,When That's Not An Option
Brute Intimidation Works Pretty Well Too...Cheh!


serangan berlaku waktu berbuka hampir tiba.
ada ke dia suruh aku berhenti kerja, apa ingat 15 tahun aku kerja ni aku suka-suka je ke. hampas betul.
mula-mula angin, lepas tu slowly aku absorb semua tu dan transfer kepada alam semesta ini.
tapi tension la jugak pasal aku jarang fail.
Kesimpulan:
Perbezaan cara pengurusan yang dapat dipelajari adalah.
1. kalau kita berhadapan dengan sesuatu masalah kita akan cepat melenting, mungkin dah tak tahan kut. tapi sterss mgmt kalau tak pandai boleh menyebabkan kita kehilangan rasa hormat yang amat mahal harganya.
2. jika berhadapan masaalah jangan menjadikan masaalah tersebut semakin besar tetapi tanganinya dengan cara yang berhemah, yup! mungkin kurang hajar itu bagus tapi tak semua orang mempunyai sikap brutal.
Example:
cara TLKY@
Jika kita menghadapi masalah ataupun jatuh, beliau akan memimpin tangan kita bangun dan meneruskan perjuangan dan dengan penuh hemat akan 'tiau' kita lantas menjadikan kegagalan itu satu pengajaran dan semangat untuk menjadi yang terbaik tanpa perasaan benci malah hormat yang semakin meninggi.

This song was dedicated to him.- Miracle By Jon Bon Jovi.
............................. Gonna need a miracle, to save us this time
and the saviour has just left the town,

Thursday, September 18, 2008

Serangan Hendap!

3 das tembakan telah mengenai aku pagi ni, tak sempat nak ngelak! terima aje.
Aku diberitahu everithing is okey but suddenly pagi ni, kedebom..!
Kronologinya adalah;
1.Robot breakdown 6pm( accident dgn jig) - aku tengah basuh kereta.
2.pastu jeman msg. kata dah ok.
3.Jeman inform ada spot point missing, 1 st process.
4.inform zul/bert masa tengah layan 1st cigrette lepas buka.-dia macam biasalah okje.
5.8.30 zul sms inform everything is okey. dah okey apalagi cow pegi garden seafood, rabak 100.
6.11.30-emergency case, pegi balai polis tg malim, Richbill punya barang kena rocket-polis ambush india.
7.1 pagi gerak balik,langsung taknak tido,layan MU sampai 4.30am-seri dewi malam0-0.vilareaal
8.prepare sahur,lelap 1 jaM ,gerak gi keja.
9.counter atack- cinabeng punya maiel cakap belit-belit, aku nampak kepala dia dah makin kecik je,baik aku belah kalautak.....tak salah kalau mengalah,kita kan tengah pose.
10.aku rase aku nak mentarbiah la sikit petang ni pasal dah rasa berat menangung tekanan,kasi relese sikit supaya sama-sama merasa.

HUH....!
Semalam dan arini memang panjang.

Tuesday, September 16, 2008

OSIM...dalam kenangan


masa tu semuanya ok. takde yang tak ok.seronok je..sengeh je..kepala tak sakit...otak tak bengkak.
tapi itu duluuuuuu...
Zaman dah berubah beb!
sekarang ni semua tak kena,semak betul! apa nak jadi aku pun tak tau.
Tapi sebenarnya aku tau tapi dah takde hati nak ambik tau, ah lantakla janji aku clear kerja aku.
dan buat-buat tak tau. berapa banyak tau da.....?

Aku yakin aku ada formula macamana nak betulkan semua ni balik dan aku yakin fromula tu memang boleh digunapakai.

arini ada orang demam la pulak, kesian....
semoga cepat sembuh!

Saturday, September 6, 2008

Bismillahirohmanirohim......


Alhamdullilah masuk hari ke6 ramadhan tampa sebarang masalah.