Thursday, October 30, 2008

Jamuan Hari Raya.

Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya memohon ribuan ampun dan maaf jika apa yang dibicara menguris hati dan perasaan.
ah,lantakla aku pedulik apa! memang marah pun,janji entahapaapaentah. Apasal marah?
maunya takmarah, makanan yang dijanjikan entahapaapantah. dengan qtty yg tak cukup,penyedian yang kelakar. adeke serve macam budak tadika punya majlis makan-makan.
alasan lagi kelakar, 'bukan saya yang masak,orang lain yang masak'. abistu duit dia yang sapu.
Aku rasa muka brader kantin tu dah makin lama makin kecik je!

Kesimpulanya, bawak banyak bersabar.kan sabar tu atuk nordin. ha..ha..har.

Apapun majlis diteruskan tampa banyak songeh!
Opening speec by COO & CEO. thanks...


yeah, Makan,makan,makan

Pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang tak puas hati,
Lupikir la sendiri.

Thanks to all yang prepare untuk majlis ni.
Kredit to:Ida,azia,bert,wak din,zul,naim,man.

Thankiyouuuuu...




Wednesday, October 29, 2008

Muka Pucat..!


When the ribut was landed, the muka was pucat semacam and the kelakuan has kelang-kabut. ha..ha..ha

Ari ni Hicom audit, ada orang ingat dia dah selamat pasal semalam tak datang tapi last-last kantoi jugak..padan muka!
Aku punya part ok. no problem semua settle. tapi
best tengok kelaku masing-masing ada yang tak datang,ada yang melarikan diri,ada yang buat-buat sibuk macam beruk nasib baik takde yang pengsan macam cerita Man Laksa.
Tengahari pergi TNB nak jumpa En Ramli denga
n submmit Mfg.Licence pakai OSISA pasal OSITM tak register lagi- kilang haram lah kiranya. Clerk TNB cakap "En.Ramli takde, pegi Slim...Hampass...

Harini collect data untuk maint. store item. semuanya tak ngam. so, akujugak yang kena buat balik semuanya. mungkin diaorang belum sam
pai tahap nak buat satu sistem yang pro. takpelah bagi aku jelah yang membuatnye....



Trut..trut..'abang balik,ayang buat cucur udang" : okey...blah!


Tuesday, October 28, 2008

The Ribut Is Coming....


Hell..o , satgi kalau auditor Hicom mai hang pi layan pasai aku nak pi meting kat proton.
orang lain takdak pasai tak mai...

amboi-amboi dan-dan tu ja nak pi meeting,selalu tu kemain benci lagi nak pegi meeting kat proton..cheh!

Pagi meeting pasal nak buat jamuan hari raya tergempar-lagi 2 hari.
Disebabkan aku diarahkan untuk set-up aku pun plan nak buat majlis makan sampai kenyang.
  • Menu: Satey,nasi impit,beehoon,buah & air minum.
  • Plan :Khamis 30 Shawal.
  • Masa:12 tengahari& 10 malam.
  • Budjet:RM1500
  • Tempat :Kantin
Meeting attendance:
  1. Zek
  2. Aku
  3. Ida
  4. Pakcik
  5. Nazri
  6. Lan
  7. Liza
* Diaorang semua setuju tanpa banyak bicara.
Makanan Ida dah settle dengan pakcik canteen total semua RM850.
adeke berahim cakap suruh habiskan, itula pasal OSI tak boleh untung semuanya kerja nak perabis je. kan ke elok kalau duit tu disimpan untuk kegunaan dimasa depan... cewah!
ah lantakla kalau dia nak perabiskan pun itu dia punya pasal. aku cuma nak pakai RM850je.


mana ribut ni tak sampai-sampai lagi,kata on the way. ke dah terlajak sampai ipoh! ha..ha..haa

Aku.Kena balik cepat pasal isteri call ' abang, balik cepat ye, ayang buat kuih ketayap'. ceh..!

Note: Menu dah tukar: satay,nasi tomato,nasi impit,beehon,buah & air.
Budjet pun dah tambah, totalRM1150.

Sunday, October 26, 2008

Dey'

A' Dey Macha,
-Happy Depavaley To all Indians-

...and for me they paid RM5/hour to settle all the mountains of pending job.
it's worth it? No. Why? comparing the job that I've done and produce it's really ridicules.
I'm not paid with a big salary at the end of the month, how I'm gonna survive?
It's your problem, not mine, either you like it or not!
It's okey, I'll know what to do!


Hey petty garret, that's what i use to call u,
They tell me you want me, but i hear they got you,
They make you a law man,with badges made of silver,
They paid you some money to sell them my blood.


What they said about me and they said about you
all the good and bad times we both been through
when the lines between brother justice has changes
you do what you god't coz you can't walk away.


Jon Bon Jovi- Blaze of Glory album

Saturday, October 25, 2008

Tekangkang-kangkang...


kepala otak dah jem, apasal? terlampau banyak benda nak buat!
Aku ditekan untuk melakukan semua benda dengan kederat yang ada.
dan aku seperti biasa akan menerima tampa banyak soal atau bantahan pasal aku jarang menghampakan permintaan sesiapa.
tapi aku terbeban dengan segala macam permintaan yang kekadang gila tahap gaban.
itu adalah adat kerja, that's an order beb!
takpelah asalkan jangan sampai tahap aku rasa macam nak bunuh orang udahle.
Tapi,berbaloikah dengan RM 300 yang disogok untuk engkau menelan semua bebanan ini?
ya! mungkin pahit akan manis akhirnya.

yeargh......

Hey man i'am feeling like a monday but someday i'll be saturday night!
- Jon Bon Jovi.

Monday, October 20, 2008

Happy 5th Anniversary

20th October 2003.

Arini genap 5 tahun aku/kitaorang kat OSITM/OSIM.
perasaan bercampur aduk,suka,gembira,sedih,marah,menyampah,benci,rindu d.l.l.
teringat kembali masa mula-mula nak bertapak.........
-Masa tengah monitor projek dengan cari rumah sewa-
Masa tu perasaan agak gembira da teruja,maklumlah pot baru tapi semangat jangan cerita punyalah membara giler..

-inilah keadaan office/workshop maintenance masa tengah construction-
Gambar terakhir sebelum big boss-Mr.Tim Resign.

sekarangni tinggal berapa kerat je lagi OR,itupun tak tau sampai bila dan yang nyata compani masih lagi beroperasi. tahniah kepada yang masih setia dan kekal, semoga kita diberikan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan apa yang diusahakan.

aminnn.....

Friday, October 17, 2008

Lena Diulit Intan...

Ukuran baju badan sendiri,kita tepuk dada ini....bunyi ringtone HP aku (Apanak dikata-XPDC) .......
Nazri: Hell-lo? Assalamualaikum mad, hang buleh mai keylang dak robot rosak. aku dah lama bla..bla..
tak tau nak buat!
Aku: ha, okey.
trut.truttttttt.
Bangun,bersiap,gerak pegi kilang-3.20am.sampai kilang settle problem dengan bert
- Robot mastering-reset-replace baterry-touc-up programme-ok.
Pagi meeting dengan diaorang discuss untuk 2 days OT planning-harap semua berjalan seperti yang dirancang.



Thursday, October 16, 2008

The Name Of Card.

Apa ada pada Nama?


Arini best betul keje pasal semua yang dirancang jadi dengan izinya.
daily activiti report dengan graft dah hand over kat ana,nampak gaya boleh tangkap.harap-harap benda ni sucess pasal takde lagi orang buat dan sebagus yang aku buat, cewah belagak la pulak.
Pagar belakan yang macam hampas lepas direpair oleh simpang kitaorang dah repair balik tapi temporary je,kalau nak baik lagi kena modal la beb!.
Hicom complain dah settel semua ...alhamdullilah lihatlah betapa cepatnya kami bertindak, thanks guys. engkorang memang best...kadang-kadang tak best.
Apa cerita line transfer dari SA? minggu depan nak transfer dah! Hah..(dengan rasa terkejut) itulah OSI style, semua kerja kelang kabut,takde proper information,planning yang entahapekebenda. aku, macam biasa ikut je arahan dan meake sure benda settle. macamana? jangan tanya,janji settle.


Ribut



Take note: En.Zakine & the gang dari HQ ,this time audit lagi gila babi.OSI still tak perform as AMP.
bla..bla..blaa..


Ada baru punya bala sudah mari, Hicom audit. semua orang gabra termasuk aku? ..takdela aku okey je pasal yang penting semua comment dah settel,iyeake?
petang ni ada meeting tergempar nak follow up previous status. tengokla apa jadi.
kalau macamni kerja lebih baik kerja dekat Jabatan Bomba & Penyelamat pasal asyik terkejut je.
maunya tak kena heart attack.

oh ya, line modenas dan seat dah kena jual dekat Laksana- aku takde apa-apa maklumanpun.
semuanya kerja sendiri-sendiri, bila ada problem baru terhegeh-hegeh.
hampass...



Monday, October 13, 2008

Seiri,Seiton,Seiso,Seiketsu,Sheitsuke.........

Pagi ada meeting5S dengan en.Kaisuddin.
entahla,semua orang nak lari taknak attend meeting-alasan ada hal tapi sebenarnya malaas nak layan 5s dah. meeting start pukul 11 -attendance aku,murni,liza,aziz,wan merton & rinsing.
top mgmt langsung takde.
issuenye lagi la kelakar, murni cuma nak mengadu yang semua benda dia buat dan duit tak dapat,lawak-lawak. menyampah pun ada pasal iyeake semua dia buat, kalau betul apasal semua tak jalan,sembang boleh la.itulah starategi nak menyelamatkan tengkuk memasing!

aku tak tau apa nak jadi lagi sekarang,keputusanya bergeraklah mengikut arus jika betul arahnya betulah tujuanya kalau tak ,telangkupla.

aku dah plan untuk maintenance section kitaorang takkan tungu dan lihat - engkorang kena jalan jugak jangan ikut orang. esok start semua aktiviti, apa nak jadi dengan mgmt lantaklah itu diorang punya pasal. semuaorang dah cukup terer pasal 5s lagi nak tunjuk ajar apa?
pokok nye engkau nak buat ke tak,kalau taknak boleh belah!

aku kena buktikan!


Wednesday, October 8, 2008

Marah,Tension,Bengang,Bengkek.............

-The Ketupat of Palas -
Hidangan wajib my wife masa hari raya,keadaan sebelum dimasukan pulut dan direbus..nyummy..

Pagi lagi planning dah hanchus, ana dengan bert-MC/zul dah balik!

aku plan meeting nak discuss pasal daily report dengan graf, last-last corum tak cukup. hampasss.
Fire fighter datang repair alam system-under repair,tunggu battery.
stud pulak problem dari 1.30-5pm baru ok.
minggu ni plan PM activities mesti settel-form and documentation,pastu register.
pasang sensor untuk seal-part reject at proton-dah jadi kereta.
malam ni jemput datang rumah kalau nak raya- Nasi hempet,kuah lodeh hai mak lodeh..lodeh anak pak salleh,cucu osman janggut misai tebal hingus meleleh.

caw..
macam ada planning je esok!

Tuesday, October 7, 2008

KPI Dah Siap?

Pagi lagi ada orang dah tanya soalan tu,biasala awal bulan-yang dia tau nak compile je,senang punya kerja.

pagi pergi OSISA, meeting pasal line nak transfer-L/arm.mtg.bumper dll. tapi belum confirm lagi. Mintak Lesen Pengilang(MITI) untuk TM tapi takde, rupanya TM adalah kilang haram pasal takde licence dari MITI. En.Yunus will settle this issue-mungkin?
balik tenghari terus buat KPI,petang mesti siap tapi clerk baru terhegeh-hegeh keyin data-biasalah org baru.
next month aku dah plan corrective action supaya KPI dapat disiapkan dalam masa 1 jam sahaja.
tak percaya? aku tau apa aku buat la beb.
Besok plan daily update record supaya senang bila hujung bulan- ana take responsbility.

Jumpa Mizi masa kat OSISA, aku rasa sedih dengan keadaan dia sekarang. dulu masa mula masuk keja dialah yang jadi sifu aku,aku cukup respec kat hasil kerja dia.He's done a lot of good job!
tapi sekarang macam dah takde makne,orang tak layan dia dengan seadilnya. mungkin pasaltu dia punya performance drop- ayat paling senang..ah lantaklah!
tapi bagi aku dia bukan macam tu,walaupun attitude di sukar diramal tapi aku masih mempercayai bahawa he can be sombody.
* plann: bawak dia sekali dalam aku punya kapal,itu pun kalau dia nak.
pasal aku rasa aku/dia boleh berubah.




Monday, October 6, 2008

Warghhhhh

First day after a long Hari Raya holiday- 9 days...........

Semalam aku dah start kerja,check PM activiti masa cuti, result- kira oklah sikit-sikit kena touch-up dengan tukar factory siren programme.
Bert,george & 2 orang indon.
Job:service transformer,ATD,Robot panel,water flow control.

Takde apa yang menarik,cuma die transfer activities ke Laksana sdnbhd.-norman
-entah apa punya planning,syok sendiri pasal aku tak involve.tau-tau dah transfer,alasan biasalah
ini adalah OSI style.
aku macam biasa,ikut je arahan,tapi spare peluru dah ready kalau anything happen.

lewat petang yazid inform esok mtg dekat OSISA,transfer projek.
- besok juga nak submmit proposal,biasalah OSI style..huh.



Sunday, October 5, 2008