Sunday, December 27, 2009

..dan maka berusahalah mendatanginya!


Perkara-perkara sunat dilakukan pada Hari As-Syura ( 10 Muharram)
* 27-December-2009/10-Muharram-1431 (Ahad)
  1. Lapangkan masa belanja anak isteri – Allah akan lapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin – Allah akan lapangkan kuburnya nanti.
  3. Menahan marah – Allah akan masukkannya ke dalam golongan redha.
  4. Menunjukkan jalan kepada orang yang sedang sesat – Allah akan penuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Usap kepala anak yatim – Allah akan kurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang diusapnya.
  6. Bersedekah – Allah akan jauhkannya dari api neraka dengan kadar jauh seekor burung gagak terbang tanpa henti dari kecil hingga ia mati. Dan diberi pahala seperti sedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Pelihara kehormatan diri – Allah akan terangi cahaya keimanannya.
  8. Mandi sunat – Allah akan lindunginya dari sakit-sakit yang berat tahun ini. Niatnya begini, “Sahaja aku mandi sunat pada hari As-syura kerana Allah ta’ala.”
  9. Bercelak – Allah akan lindunginya dari sakit mata tahun ini.
  10. Baca surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad…) 1000 kali – Allah akan pandangnya dengan rahmat di akhirat nanti.
  11. Solat sunat 4 rakaat – Allah akan ampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun. Niatnya begini: “Sahaja aku solat sunat hari As-syura 4 rakaat kerana Allah ta’ala.” Rakaat pertama dan kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa – Allah akan beri pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa
dan tidak aku jadikan sesuatu itu tanpa sebab'

Usaha lagi tahun hadapan-Tahniah beb!

wallahualam.....

....Dan Berpesan-pesanlah

Kelebihan 10 Muharram
Diantara peristiwa yang berlaku pada 10 muharrram yang menjadikan hari tersebut begitu istimewa dan wajib diingati oleh kito semuo umatnya..'
  1. Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah;
  2. Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah ke langit;
  3. Nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah selama 6 bulan;
  4. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud;
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.;
  6. Nabi Yusof a.s. dibebaskan dari penjara;
  7. Penglihatan Nabi Yaakob a.s. yang kabur dipulihkan oleh Allah;
  8. Nabi Ayub a.s. dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritanya;
  9. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam;
  10. Laut Merah terbelah dua untuk selamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya dari tentera Fir’aun;
  11. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah;
  12. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan kerajaan besar oleh Allah;
  13. Nabi Isa a.s. diangkat ke langit;
  14. Hari pertama Allah ciptakan alam;
  15. Hari pertama Allah turunkan hujan;
  16. Hari pertama Allah turunkan rahmat;
  17. Allah jadikan Arasy;
  18. Allah jadikan Luh Mahfuz; dan
  19. Allah jadikan malaikat Jibril.
...dan ingatlah aku,nescaya aku akan lebih mengingati kamu!

credit to: soleh.net.

Thursday, December 24, 2009

Selepas Hujan itu'

Kepala rasa macam nak pecah!

Saturday, December 19, 2009

Melastik Ke Bintang II

NO WOWEN NO CRY ?


Aku dibakar dengan kenangan kegembiraan sambil kepala berada ditahap atas awan. .. ah cukup syahdu! Berontakan,sampai separuh dari aku menghasut agar membuat tindakan berani mati. Tinggalkan segala macam tanggungjawab sambil berharap everything will be okey. Namun kita hanya merancang beb!

- Tahniah buat Ayong pasal dah kono ikat sobolah kaki!

02-MUHARRAM-1431
Sabtu@Sri Gombak.

- All d' best' -

Thursday, December 17, 2009

Salam Hijrah 14301

Kepada semua sahabat diucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 14301.
Kita semua kena tukar mentaliti bahawa Tahun baru masihi yang sering disambut adalah berlandaskan takwim yang dicipta oleh orang yang tidak bersaudara dengan kita.

So..jangan lupa perkara yang perlu dilakukan pada petang sebelum dan selepas 1 Muharram.-
peringatan untuk diri sendiri sebenarnya'

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah pada semua. Moga sihat, berjaya, betambah rezeki, betambah iman, bebahagia, panjang umur dalam iman, bejaya melaksanakan azam, diberkati dan dirahmati Allah....aminnnnn

Terasa aku makin tua.........!

credit to my old friend- Mr.Gayour