Tuesday, January 13, 2009

Leadership

Petang ni kita orang review ICC activities untuk OSITM.
banyak sangat penyebab yang membuatkan aktiviti ni gagal.
Dari masalah takde kerjasama dan kommitment dari semua pekerja, tak tahu nak buat dan macam-macam 'tak' lagilah yang keluar.
semuanya menjurus kepada orang lain punya penyebab,sendiri yang tak buat, orang lain yang jadi mangsa.
tapi mungkin juga ada betulnya, bila dah jadi bos kenalah tau buat semua benda-sekurang-kurangnya! kenalah ada inisiatif nak belajar benda baru dan mampu menjadi pemudahcara jika diperlukan, ini bukannya silap mata, petik je semua benda jadi.
sedarlah hakikat bahawa keadaan sekarang sudah berubah, jika diikutkan OSI 10 tahun dulu mungkin anda tidak layak berada disini!

Aku marah ke? taklah cuma aku bengang bila manusia sering berselindung disebalik orang lain bagi menutup kelemahan diri mereka- HIPOKRIT.
Lepas tu cakap macam dia sorang je yang kerja macam nak mampos gila, buat tula,buat nila tapi hakikatnya - hampas.

Semoga engkau tak jadi macam tu, kerja dengan sebaik dan seikhlas mungkin.

Bak kata pepatah :
'The best leaders inspire by example,
When that's not and option,
brute intimadation works pretty well,too.

Dalam hidup kita selama ini,
kita sering cedera tampa luka.
Tiada perawat sanggup mengubat,
akhirnya kita mati tampa disedari...mati tanpa disedari.......

Sembunyi-WINGS( Bellengu Irama album)


No comments: