Abd.Samad Wrote.
Salam Kembali,
Sukacitanya dimaklumkan bahawa tiada issue berkenaan machine yang menyebabkan ketidakupayaan melakukan proses semi-auto,
tetapi jika pihak tuan merasakan ada masalah yang masih tidak selesai yang menyumbang kepada ketidakmampuan bagi melakukan proses tersebut
dengan rasa rendah dirinya silalah maklumkan kepada pihak kami dengan kadar yang seberapa segera agar tindakan pembetulan dapat dilakukan.
Berkenaan dengan Proton Line Stop Pada 17-sept., pihak kami bertanggungjawab sepenuhnya dan memohon maaf atas kelewatan menyelesaikan masalah(breakdown) tersebut.
Ini adalah disebabkan kelemahan pengetahuan staff kami berkenaan robot,yangmana akan cuba diatasi dengan latihan yang sedang dirancang.
tetapi! amatlah mendukacitakan dengan sikap tidak bertanggungjawab Night Controller pada hari tersebut yang pada hemat saya telah menunjukan kebangangannya yang berada pada tahap yang paling tinggi.
tetapi, apakan daya nasi sudah menjadi bubur lambuk , terima aje la....segala sumpah seranah dan makian agar ianya menjadi satu pengajaran. cewah!
Tuan,
Berkenaan dengan perlunya menceritakan KISAH BENAR yang terjadi, saya mencadangkan agar dijemput Mazidul Akmal Sidek Atau Karam Singh Wallia bagi menjalankan siasatan
dan jika perlu terbitkan bagi siaran 360 untuk tatapan dipagi Hari Raya Yang bakal menjelang tiba tak lama lagi agar menambahkan lagi rasa insaf dan sedih yang teramat sangat.
Akhir sekali memetik kata-kata En. Azlan Sharif, kalau rasa tak mampu,tak boleh atau gagal dalam melakukan tugas, isi sahaja borang berhenti kerja sebab ada pun macam takde,lagi menyusahkan adala, buat semak je(itu kata saya)
Akhir sekali, saya bertanggungjawab atas segala yang telah ditulis dan jika ada yang tidak berpuashati, terpulang!
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Botin
Dan Katakanlah,walaupun ianya pedih bagi engkau dan orang yang mendengarnya!
No comments:
Post a Comment